Proses
Peluasan
Selain proses pengguguran dan proses penyusunan
semula, ayat-ayat bahasa Melayu boleh juga diterbitkan melalui proses
peluasan. Yang dimaksudkan dengan proses
peluasan ayat ialah penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu.
Secara
umumnya, terdapat empat jenis peluasan dalam ayat bahasa Melayu, iaitu:
(i) peluasan frasa nama sebagai subjek
(ii) peluasan frasa predikat
(iii) peluasan dengan kata hubung
(iv) peluasan melalui proses komplementasi
11.4.3.1 Peluasan Frasa Nama sebagai Subjek
Peluasan frasa nama sebagai subjek dalam ayat
melibatkan proses relativisasi, iaitu proses pemacangan ayat ke dalam satu ayat
yang lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima
pancangan. Frasa relatif terbentuk
melalui penggunaan kata relatif yang. Perhatikan contoh yang berikut:
(63) Bayi itu
anak Puan Erin.
Bayi
itu minum susu.
Bayi yang
minum susu itu anak Puan Erin.
Proses peluasan bagi ayat (63)
adalah seperti dalam rajah pohon di bawah:
(a) A1
S P
FN1 A2 FN
bayi itu S P anak Puan Erin
FN1 FK
bayi itu minum susu
(b) A1
S P
FN FN
bayi yang minum anak Puan
Erin
susu itu
Contoh-contoh lain:
(64) Banglo
itu kepunyaan Haji Baharom.
Banglo
itu baharu.
Banglo yang
baharu itu kepunyaan Haji Baharom.
(65) Pemuda
itu belum berkahwin.
Pemuda
itu berkelulusan tinggi.
Pemuda yang
berkelulusan tinggi itu belum berkahwin.
(66) Bapa
saudara saya sudah sembuh.
Bapa
saudara saya sakit.
Bapa saudara
saya yang sakit sudah sembuh.
11.4.3.2 Peluasan
Frasa Predikat
Sama seperti proses peluasan yang melibatkan bahagian
subjek, proses peluasan yang melibatkan bahagian predikat juga memerlukan frasa
nama yang hendak direlativisasikan berfungsi sebagai subjek dalam ayat yang
hendak dipancangkan. Perhatikan contoh
yang berikut:
(67) Zaid
menemani budak itu.
Budak itu keseorangan.
(relativisasi) Zaid menemani budak yang keseorang
itu.
Perhatikan proses peluasan ayat (67)
melalui rajah pohon di bawah:
(a) A
S P
FK
FN1 KK FN2
Zaid menemani FN A2
budak1 itu budak1 itu keseorangan
(b) A
S P
FN1 FK FN1
KN
KK
Zaid menemani budak yang keseorangan itu
Contoh-contoh
lain:
(68) Regina
mencium bunga iu.
Bunga itu harum
(relativisasi) Regina mencium bunga yang harum
itu.
(69) Pak
Samad mengarang novel itu.
Novel itu tebal.
(relativisasi) Pak Samad mengarang novel yang
tebal itu.
(70) Dia
membelai kucing itu.
Kucing itu comel.
(relativisasi) Dia membelai kucing yang comel itu.
11.4.3.3 Peluasan dengan Kata Hubung
Proses peluasan ayat boleh juga berlaku melalui proses
penggabungan ayat dengan menggunakan kata-kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika dan
lain-lain. Setiap kata hubung itu boleh
digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih bagi menghasilkan ayat
terbitan. Perhatikan contoh-contoh yang
berikut:
(71) Ibu
pergi ke pasar.
Puan
Saemah pergi ke pasar.
Ibu dan Puan Saemah pergi ke pasar.
(72) Pak
Jamal kaya.
Pak
Jamal tidak kedekut.
Pak Jamal kaya tetapi tidak kedekut.
(73) Hari
hujan.
Dia
tetap pergi ke sekolah.
Walaupun
hari hujan, dia tetap pergi ke sekolah.
11.4.3.4 Peluasan melalui Proses Komplementasi
Proses peluasan ayat boleh juga berlaku melalui proses
komplementasi. Proses komplementasi
menukarkan sesuatu ayat menjadi satu frasa nama dan memancangkannya pada suatu
ayat yang lain bagi menghasilkan ayat terbitan yang baharu. Perhatikan contoh-contoh yang berikut:
(74) Dia
memberitahu sesuatu.
Dia
akan ke luar negara.
Dia memberitahu bahawa dia akan ke luar negara.
Dalam
ayat (74) di atas, ayat Dia akan ke luar
negara berubah fungsi menjadi frasa
nama dan dipancangkan kepada binaan Dia
memberitahu sesuatu ... Kata hubung komplemen bahawa disisipkan sebagai tanda berlakuny proses
komplementasi. Proses peluasan ayat
sebegini boleh diperhatikan dalam rajah pohon yang berikut:
(a) A1
S P
FN1 FK
KK FN2
dia melaporkan Ayat Komplemen
Komplemen A2
bahawa dia akan ke luar negara
Contoh-contoh lain:
(75) Dia
menafikan (sesuatu).
Adiknya
terlibat dalam kejadian itu.
Dia menafikan bahawa adiknya terlibat dalam kejadian itu.
(76) Pengacara
itu mengumumkan (sesuatu).
Pertandingan
itu terpaksa dibatalkan.
Pengacara
itu mengumumkan bahawa pertandingan
itu terpaksa dibatalkan.
Selain
peluasan pada frasa nama dalam ayat, proses peluasan boleh juga berlaku pada
frasa kerja. Sebagai contoh, perhatikan
ayat-ayat yang berikut:
(77) Mereka
datang membawa buah tangan.
(78) Dia
berdiri menghadap ke luar tingkap.
(79) Mereka
pergi membeli-belah.
(80) Gadis
itu duduk menjahit sejak pagi tadi.
Ayat-ayat di atas mengikut huraian tatabahasa transformasi
generatif boleh dihuraikan mengikut rajah pohon yang berikut:
A1
S P
FN1 FK
KK A2
FN1
Transformasi komplemen frasa kerja
hanya boleh dilakukan jika terdapat kesamaan identiti pada kedua-dua frasa nama
yang menjadi subjek dalam ayat induk dan ayat yang dipancangkan. Proses ini dapat diterangkan dalam rajah
pohon di bawah.
(a) A
S P
FN1 FK
KK A2
mereka datang S P
FN2 FK
mereka
Ø
membawa
buah tangan
(b) A
S P
FN FK
mereka datang
membawa
buah tangan