Khamis, 27 Jun 2013

Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan

Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan
Menurut Abdullah Hassan binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif seperti rajin, malas, cantik, pucat, kotor dan sebagainya. Kata adjektif ini tidak berimbuhan.

Contoh:
1.            Dia teringat perut isterinya yang besar itu.
2.            Adik sudah besar
3.            Abangnya sengaja malas mencari kerja
4.            Kasutnya kotor terkena lumpur.

Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat.
Contoh:
  i.            Salimah  sangat  rajin.
ii.            Guru Pendidikan Jasmani itu  cergas
iii.            Dia kelihatan  ceria.
iv.            Penglihatannya  kabur.

v.            Tanamannya  subur. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan