Penyusunan Semula
Frasa Nama sebagai Objek
Penyusunan semula frasa nama sebagai objek boleh
berlaku pada ayat-ayat yang mengandungi dua jenis objek, iaitu objek tepat dan
objek sipi. Perhatikan contoh-contoh
yang berikut:
(57) Azmi
menghadiahi isterinya sejambak bunga.
(58) Kakak
membelikan ibu baju kurung.
(59) Puan
Khadijah mengirimi anaknya wang.
Dalam ayat (57) hingga (59), frasa
nama yang hadir selepas kata kerja ialah objek tepat manakala frasa nama yang
mengikuti objek tepat tersebut ialah objek sipi. Walau bagaimanapun, ayat-ayat tersebut boleh
disusun semula dengan menukargantikan kedudukan kedua-dua jenis objek itu
melalui proses transformasi. Kedudukan
objek tepat dalam ayat asal dipindahkan ke bahagian akhir ayat dengan didahului
oleh kata sendi dan seterusnya meletakkan frasa nama objek
sipi pada kedudukan selepas kata kerja untuk menjadikannya objek tepat yang
baharu. Dalam hal ini, kata kerja dalam
ayat yang diterbitkan berubah juga bentuknya, yakni imbuhan i- pada kata kerja, jika ada akan
digantikan dengan imbuhan –kan.
Perhatikan contoh-contoh yang berikut:
(57a) Azmi
menghadiahkan sejambak bunga kepada isterinya.
(58a) Kakak
membelikan baju kurung untuk ibu.
(59a) Puan
Khadijah mengirimkan wang kepada anaknya.
Penyusunan semula melalui proses
transformasi di atas dapat digambarkan dalam rajah pohon yang berikut:
(a) A
S P
FN1 FK
KK
FN2 FN3
Azmi menghadiahi isterinya
sejambak bunga
(b) A
S P
FN1 FK
KK FN2 FS
Azmi
menghadiahkan sejambak
bunga SN FN3
kepada isterinya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan