Selasa, 25 Jun 2013

nilai agama dan masyarakat

Agama dan Kepercayaan
·         Islam
·         Kristian
·         Buddha
·         Hindu
·         Sikhisme
·         Taoisme
·         Confiusme
·         Animisme


Nilai Masyarakat Malaysia

Nilai-nilai tradisional yang masih diamalkan

Perubahan dalam nilai masyarakat Malaysia
 















           
Pada asasnya moral agama adalah moral atau etika yang berdasarkan kepada kewujudan Tuhan dan keimanan kepadaNya dan kehidupan Akhirat (selepas mati). Ada tiga bentuk utama:
Moral Politeistik - Kepercayaan kepada banyak tuhan
Moral Zahud- Mengetepikan dunia dan mengutamakan akhirat
Moral Monoteistik - Kepercayaan kepada tuhan yang satu

Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa.Bangsa-bangsa utama yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa Melayu, Cina dan India.Justeru, bangsa-bangsa yang berlainan ini mempunyai budaya dan agama masing-masing yang dipraktikkan dari semasa ke semasa.

Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing.Kesemua ajaran agama ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.

5.1       Nilai Agama dan Kepercayaan

Malaysia sebuah negara demokrasi dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai keturunan , budaya, bahasa dan agama . Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi,tetapi agama-agama lain bebas diamalkan secara aman . Misalnya, agama Buddha, Hindu ,Kristian, Sikh ,ajaran  Confucius dan Taoist. Setiap agama berbeza dari segi ajaran ,penekanan dan amalannya. Namun,semuanya mempunyai nilai-nilai murni yang menjurus kepada nilai-nilai  moral yang mulia seperti sabar, murah hati, sopan santun ,hormat kepada orang tua dan sebagainya . Nilai-nilai ini perlu dihayatin oleh setiap individu untuk kecemarlangan diri dan interaksinya dendan orang lain.
Agama merupakan pegangan hidup manusia.  Prinsip, amalan dan nilai yang terkandung dalam agama tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan seterusnya dalam menghadapi cabaran.

Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun agama-agama lain bebas diamalkan secara aman.  Malaysia kaya dengan pelbagai agama seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist.

Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya menjadi manusia yang baik, taat kepada ajaran agama masing-masing dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kecemerlangan diri.

5.2       Nilai murni dari perspektif agama Islam, Hindu dan Buddha

ISLAM
n  Bahasa: Islam berasal daripada perkataan Arab yang bererti berserah, tunduk, dan patuh kepada Allah S.W.T  Tuhan semesta alam dan dilakukan secara rela, bukan terpaksa atau dipaksa.
n  Istilah: mentauhidkan (mengesakan) Allah s.w.t, patuh, tunduk dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan ajaran-Nya yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

n  Ajaran Islam mengandungi 3 komponen besar iaitu
q  Aqidah - iaitu keimanan dan kepercayaan terhadap Allah s.w.t., Tuhan yang wajib disembah dan tiada Tuhan melainkan-Nya.
q  Syariat atau ibadah - ajaran-ajaran yang berkaitan dengan amalan praktikal yang diperintahkan oleh Allah meliputi soal ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. 
q  Akhlak - ajaran-ajaran yang berkaitan dengan prinsip-prinsip tingkah laku manusia yang dituntut oleh agama. 

Rukun Islam:
1.         Mengucap dua kalimah syahadah
2.         Sembahyang lima waktu
3.         Puasa di bulan Ramadhan
4.         Membayar zakat
5.         Menunaikan haji bagi yang mampu

Rukun Iman:
1.         Beriman kepada Allah s.w.t
2.         Beriman kepada Malaikat
3.         Beriman kepada Kitab
4.         Beriman kepada Rasul
5.         Beriman kepada Hari Kiamat
6.         Beriman kepada Qada’ dan Qadar

BUDDHISME
Jalan Lapan Lapis Mulia:
1. Pandangan yang Betul
2. Fikiran yang Betul
3. Pertuturan yang Betul
4. Perbuatan yang Betul
5. Pekerjaan yang Betul
6. Usaha yang Betul
7. Kesedaran yang Betul
8. Tumpuan yang Betul
Panca Sila merupakan lima peraturan yang penting dalam ajaran Buddha.





HINDUISME
1. Dharma, yang bermaksud tanggungjawab.
2. Ahimsa, yang bermaksud kasih sayang
3. Dhruthi, yang bermaksud keberanian dan ketetapan.
4. Kahamaa, yang bermaksud bertimbang rasa atau baik hati.
5. Damo ialah mengawal fikiran.
6. Stheyam, ialah tidak tamak.
7. Showcha, yang bermaksud kebersihan.
8. Mindriya Nigharam, ialah mengawal perasaan.
9. Dheer, atau membentuk fikiran yang tetap adalah saling berkait dengan nilai mengawal  perasaan.


3.2       Nilai murni dari perspektif Agama Kristian, Sikhisme dan Kepercayaan Animisme

KRISTIAN
Peraturan Emas
Undang-undang Tuhan yang terpenting ialah:
·         mencintai Tuhan dengan sepenuh hati
·         mencintai jiran seperti mencintai diri sendiri
·         mencintai satu sama lain seperti mana Jesus telah mencintai umat manusia dengan merelakan diriNya menjadi korban untuk menebus dosa manusia.


SIKHISME
Guru Nanak (1469-1504) iaitu guru pertama dalam agama Sikh. Guru dalam agama Sikh tidak dianggap sebagai penjelmaan Tuhan tetapi seorang yang menunjukkan kepada orang ramai jalan ke arah kebenaran dan kesejahteraan.

Kitab suci Guru Granth Sahib, juga dipanggil Adi Grandth ditulis dalam bentuk puisi mengandungi ajaran etika dan kerohanian yang boleh diringkaskan dalam tiga bahagian:
1. Keperluan perkembangan insan
2. Perhubungan antara manusia
3. Penyelarasan kewujudan roh yang disifatkan sebagai matlamat terakhir

keperibadian mulia adalah disenaraikan seperti berikut:
1. Kebijaksanaan atau Kearifan
2. Kejujuran
3. Keadilan
4. Kesederhanaan
5. Keberanian
6. Merendah diri
7. Kepuasan diri

Perayaan :Vasakhidisambut pada 13 April setiap tahun.
LIMA K
q  kes (rambut yang tidak dicukur),
q  kangha (satu sikat untuk memastikan bahawa rambutnya sentiasa bersih)
q  kada (gelang besi waja sebagai tanda ketaatan kepada guru)
q  kach (memakai seluar pendek yang labuh hingga ke bawah lutut)
q  kirpan (satu pedang untuk menandakan gagah berani seperti singa).

Nilai Murni
Kebijaksanaan
Kearifan boleh dicapai menerusi pendengaran dan ilmu rohani.
Kejujuran
Persetujuan antara pertuturan dan pemikiran serta keyakinan dan tindakan seseorang.

Kesederhanaan
Mengawal diri secara sederhana, tidak kejam atau keterlaluan.

Keadilan
Meliputi kesamaan sosial, hormat terhadap hak orang lain dan tidak mengeksploitasi orang lain.

Keberanian
Penyuaraan kebenaran kerohanian tanpa permusuhan dgn sesiapa.



KEPERCAYAAN ANIMISME

Animisme merupakan kepercayaan kepada makhluk halus/roh oleh masyarakat orang Asli yang disifatkan sebagai ‘aborigines’ iaitu ahli-ahli masyarakat yang mundur, tidak membangun dan primitif.Gelaran ini dibuat oleh British di zaman penjajahan.Terdapat tiga golongan besar orang Asli di negara ini iaitu Negrito, Senoi, dan Melayu Asli. Secara umum mereka menganut fahaman animisme iaitu kepercayaan bahawa setiap benda seperti batu, kayu, busut dan sebagainya mempunyai semangat (roh)

Mengikut encyclopedia, kepercayaan animisme merupakan peringkat awal manusia mulai mempunyai agama.Perkataan animisme berasal daripada perkataan Latin “Animis” yang membawa makna nyawa atau roh.Mengikut kepercayaan ini, mereka percaya bahawa alam ini mempunyai pelbagai kuasa yang menunggu atau mendiami di gunung, bukit, busut, sungai, laut, pokok dan tanaman.

Kebanyakan suku Negrito percaya bahawa segala benda mempunyai kuasa, dunia didiami pelbagai jenis dewa dan makhluk berkuasa.Terdapat beberapa dewa yang menurunkan hujan, membesarkan tumbuh-tumbuhan, menurunkan taufan dan sebagainya.Suku Senoi pula mempunyai empat dewa utama iaitu Engku, Karei, Hilok dan Hiwoh.Pantang larang mempengaruhi sebahagian besar kehidupan mereka kerana mereka tinggal di kawasan hutan.

Kepercayaan ini pasif kepada alam sekitar atau dengan kata lain alam sekitar mempengaruhi manusia. Dalam usaha mencari makanan seperti memburu, mengutip hasil hutan, mereka telah mewujudkan interaksi dengan alam sekitar.Dalam perinteraksian ini, mereka telah melihat pelbagai keanehan alam seperti bintang-bintang yang bertaburan telah mengeluarkan cahaya pada waktu malam dan sinaran matahari pada waktu siang.Mereka menganggap semua benda ini berkuasa dan menyembah benda alam semula jadi ini supaya dapat memperolehi pertolongan daripadanya. Apabila mereka membuat permintaan pertolongan, mereka akan memuja benda ini. Sebagai contoh, masyarakat Melayu memuja padi supaya dapat memperolehi hasil pertanian yang lumayan.Aktiviti pemujaan ini dilakukan melalui penggunaan khidmat orang tengah yang mempunyai keahlian ilmu ghaib seperti pawing, dukun dan bomoh.Aktiviti ini juga disertai dengan pelbagai upacara.Ciri yang paling utama bagi kepercayaan animisme ialah percaya kepada kewujudan roh atau semangat.
a.  Masyarakat ini percaya bahawa roh seseorang yang mati akan merayau ibarat tanpa tuan.
b.  Mereka juga percaya roh orang mati akan menganggu mereka.
c.  Mereka percaya setiap roh orang mati akan kembali datang melawat mereka juga.
d. Maka, mereka akan selalu mengadakan arwah seperti pada hari ke-3, 7, 100 dan sebagainya.
e.  Mereka percaya kepada semangat-semangat iaitu satu kuasa ghaib terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan binatang, maka pemujaan telah diadakan oleh pawang untuk kebaikan seperti pagi menjadi, hindari bencara alam.
f. Selain itu, pantang larang juga diamalkan seperti hormat kepada laut dan sungai.

Setelah kehadiran Islam, segala kepercayaan ini perlahan-lahan hilang atau diubahsuai, contohnya semangat atau roh itu dikaitkan dengan syaitan, iblis dan jin.

3.3       Nilai Murni dari perspektif Agama Taoisme dan confucianisme

TAOISME
Tao ialah suatu yang aktif, iaitu sesuatu tindakan adalah bersifat semulajadi dan bukan dipaksa.
“Dua” dalam konsep ÂYang Satu melahirkan yang Dua merujuk kepada kuasa kembar yin dan yang. Kuasa yin dan yang ini berlawanan sekali, contohnya hitam dan putih, baik dan salah dan
sebagainya.

CONFUCIANISME
n  Ajaran ini diasaskan oleh Kung Fu Tze atau Confucius yang bermaksud Guru Agung.
n  Ianya merupakan ajaran tentang moral. Ianya bukan agama tetapi merupakan tertib bagaimana manusia harus bertingkah laku, berhubung dengan orang lain dan hidup sebagai anggota masyarakat.
n  Ajaran Confucius terkandung dalam buku yang dikenali sebagai Lima Klasik dan Empat Buku yang memberi ajaran etika dari segi kesejahteraan manusia, sosial, politik dan agama.

LAPAN NILAI MURNI DALAM BUKU LUN YU.
n  Ren atau baik hati yang bermaksud sikap menyayangi semua orang, kemanusiaan, kebajikan, kerelaan dan murah hati terhadap semua orang.
n  Shu yang meliputi murah hati, toleransi dan belas kasihan serta melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain.
n  Chung yang bermaksud kesedaran dalam melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain.
n  Li meliputi nilai sopan santun, budi bahasa dan adat dalam istiadat atau upacara, peraturan dan tingkah laku seseorang.
n  Yi yang ditakrifkan sebagai membuat sesuatu dengan cara betul dan patut dalam situasi tertentu yang motif sesuatu perbuatan lebih penting daripada hasilnya.
n  Ming yang menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dengan sedaya upaya dengan tidak menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan.
n  Xiao yang bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjung serta secara ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa mereka.
n  Zhi yang bermaksud ketulusan dan ketegahan dalam tingkah laku.


3.4       Nilai Masyarakat Malaysia

Setelah hampir 50 tahun mencapai kemerdekaan, adalah sesuatu yang amat malang apabila kita masih tercari-cari jati diri sebenar rakyat Malaysia. Tidak perlu kita membuka lembaran lebih jauh untuk berbicara tentang rupa-bentuk bangsa Malaysia sebagai asas pembinaan negara bangsa, sekiranya persoalan yang lebih kecil berkaitan dengan jati diri yang sepatutnya dimiliki secara sepunya oleh rakyat masih belum selesai. Rakyat Malaysia seperti dibiarkan untuk memiliki jati diri mengikut cita rasa masing-masing tanpa ditunjuki oleh pihak yang berkuasa. Situasi seperti ini sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan konflik yang serius di dalam masyarakat.

Lazimnya sistem nilai dikaitkan dengan kepercayaan yang dipegang oleh seseorang atau sesebuah masyarakat.Bagaimanapun bagi mereka yang tidak menerima sistem nilai sebagai sesuatu yang bersifat supernatural seperti golongan naturalisme atau realisme, sistem nilai seseorang atau sesebuah masyarakat diasaskan kepada banyak faktor termasuk pemikiran, dan budaya sesebuah masyarakat.Maka lahirlah berbagai sistem nilai yang tidak berasaskan agama seperti utilitarianisme, hedonisme dan sebagainya.Biar apapun sistem nilai yang dipegang, perlu ada nilai-nilai sepunya sehingga sesuatu yang baik diterima bersama sebagai baik dan sesuatu yang buruk diterima bersama sebagai buruk.

Betapa celaru sesebuah masyarakat bila tiada nilai-nilai sepunya yang diterima secara bersama oleh mereka. Dengan erti kata lain setiap individu atau kelompok kecil dalam sesebuah masyarakat itu mempunyai sistem nilai yang pelbagai sehingga sesuatu yang baik dianggap buruk oleh kelompok yang lain dan sesuatu yang buruk dianggap baik oleh kelompok yang lain. Konflik nilai yang seperti ini akan menyebabkan sesebuah masyarakat menjadi kacau-bilau malah boleh membawa kepada pertelingkahan. Lebih daripada itu, sekiranya situasi ini wujud maka perundangan dan peraturan dalam sesebuah negara tidak lagi bermakna.

Menyedari hakikat tersebut, sangatlah membimbangkan apabila wujud kumpulan-kumpulan yang menggelarkan diri mereka masyarakat sivil cubamempertikaikan nilai-nilai sepunya masyarakat Malaysia yang sudah berdiri sekian lama sehingga menjadi faktor terpenting pembinaan jatidiri. Kumpulan-kumpulan ini mempertikaikan tindakan pihak berkuasa terhadap perlakuan tidak bermoral yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu hanya dengan beralasankan hak asasi.Gagasan untuk mempertikai sesuatu yang baik itu baik dan sesuatu yang buruk itu buruk sebagaimana yang telah diterima oleh masyarakat Malaysia secara turun temurun hanyalah mencetuskan konflik nilai seperti yang telah dinyatakan.

Masyarakat Malaysia yang menganut agama masing-masing sudah mewarisi nilai-nilai sepunya yang telah membina jati diri rakyat Malaysia.Sebagai contoh perlakuan tidak senonoh seperti berkelakuan lucah di khalayak ramai merupakan sesuatu buruk di sisi semua agama lebih-lebih lagi agama Islam.Begitu juga bersekedudukan dan perzinaan merupakan sesuatu yang keji di sisi setiap agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia.Boleh dikatakan perkara-perkara seumpama ini diterima sebagai suatu prinsip nilai yang sejagat walaupun diamalkan secara berbeza bagi setiap kaum.Warisan seperti inilah yang telah membina jati diri masyarakat Malaysia selaras dengan hakikat ‘sejarah yang membina bangsa dan negara’.

Pembinaan sebuah masyarakat yang mempunyai jati diri mulia tidak mungkin tercapai sekiranya tiada wujud prinsip-prinsip nilai yang boleh diterima secara bersama.Sistem nilai yang berasaskan kepentingan diri individu tidak mungkin berupaya membina sebuah masyarakat yang hidup harmoni.Bagaimanapun penerimaan prinsip-prinsip nilai secara bersama perlu diperkukuhkan dengan mekanisme kawalan moral bermula dari individu sehinggalah tanggungjawab pemerintah.Malangnya perkara seumpama ini semakin tidak diberi perhatian dalam masyarakat kita, malah wujud pula tangan-tangan kotor yang berusaha meruntuhkannya.

Nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan yang diamalkan oleh orang-orang tua seperti bekerjasama, saling mengambil berat dan lain-lain lagi telah dilupakan oleh generasi zaman kini.Ramai jiran yang tidak mengenali sesama mereka jauh sekali untuk mengambil berat tentang aktiviti anak-anak jiran. Masyarakat masa kini mengamalkan sifat individualistik iaitu mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan hal orang lain. Mereka juga sibuk mengejar kekayaan dan kesenangan selaras dengan nilai pegangan mereka iaitu materialistik.Kecanggihan sistem komunikasi seperti telefon telah merenggangkan lagi hubungan sesama mereka. Kekayaan yang dimiliki membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa memerlukan bantuan jiran-jiran


Perubahan nilai masyarakat Malaysia
Kota raya Kuala Lumpur diletakkan pada kedudukan ke 33 daripada 35 buah kota raya terpilih di seluruh dunia dalam kajian mengenai keramahan dan kemesraan. Reader’s Digest telah menghantar wartawannya untuk melihat sendiri bagaimana masyarakat di bandar raya berkenaan bertindak balas terhadap tiga kriteria : Sanggup membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali, membantu seseorang yang memerlukan dan ramah dengan senyuman ketika memberi perkhidmatan.
Daripada senarai yang dikeluarkan, bandar raya New York, Amerika Syarikat berada pada kedudukan teratas dengan 88 peratus. Ed Koch, bekas datuk bandar berkata penduduk New York kini lebih prihatin dan bersikap penyayang selepas kejadian 11/9 kerana menyedari betapa singkatnya kehidupan.
Masyarakat kota yang paling biadab ialah Mumbai, India yang mana ketiga-tiga elemen yang dikaji adalah begitu asing bagi masyarakatnya. Di Asia, Manila berada pada kedudukan ke 23 iaitu bandar raya terbaik berbanding bandar raya Asia yang lain.
Kita mengakui bahawa masyarakat Malaysia telah berubah dari segi sosialnya.Keadaan ini boleh dikenal pasti melalui perubahan budaya kesan daripada pembangunan negara dari dulu hingga sekarang. Terdapat tiga peringkat perubahan sosial yang dialami oleh masyarakat Malaysia iaitu era pramoden, era penjajahan dan era pembangunan negara dan rancangan lima tahun. Perubahan era ini telah memecahkan kesepaduan nilai dari satu era ke era yang lain bergantung kepada proses perubahan yang hendak ditujui.
Era pramoden ataupun tradisional terdapat perubahan sosial yang minimum dan tidak menimbulkan masalah sosial yang rumit.Masyarakat ketika itu khususnya Melayu adalah masyarakat yang separuh tertutup, ringkas dan praindustri. Nilai-nilai tradisi seperti keharmonian, kestabilan, patuh kepada nilai-nilai dan norma masyarakat. Pada masa ini, keamanan, kedamaian dan ketenangan menjadi keutamaan.Keadaan seperti ini dapat kita lihat dalam filem-filem Melayu klasik.
Kedatangan British telah membawa nilai dan norma yang baru serta memecahkan tradisi nilai masyarakat sama ada secara terang atau tersembunyi. Masalah sosial mula timbul sejak mereka memerintah Tanah Melayu pada akhir kurun ke 19 hinggalah pertengahan kurun ke 20.
British membawa masuk industri dan sistem pentadbiran yang lebih sistematik secara mengejut dan paksaan yang merosakkan sistem dan struktur nilai, norma dan budaya masyarakat. Natijahnya ialah wujud pertentangan kerana masyarakat tidak dapat menerima perubahan yang baru ini tanpa persediaan.Kemasukan buruh Cina dan India untuk memenuhi permintaan buruh di lombong bijih dan ladang getah menyebabkan Melayu dipinggirkan ke kampung dan sawah.Justeru lahirlah masyarakat industri yang membentuk golongan pemodal, pengurus, pengusaha, orang tengah dan tenaga buruh.
Kesan pembangunan negara adalah hasil daripada perancangan lima tahun dan kemuncaknya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 yang mensasarkan penghapusan kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat. Setelah DEB berakhir, kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (1991) dan Dasar Wawasan Negara (2001).
Kesinambungan ketiga-tiga dasar ini terangkum dalam aspirasi kerajaan bagi membentuk sebuah negara Malaysia yang maju pada tahun 2020 melalui Wawasan 2020.
Pembangunan negara telah memberi beberapa persoalan yang wajar kita jawab. Apakah kita harus mengenepikan nilai dan norma yang terpuji semata-mata hendak mengejar sebuah negara yang maju? Di mana kesudahannya Kempen Budi Bahasa yang telah membelanjakan jutaan ringgit bagi menyedarkan masyarakat Malaysia?
Kelompok masyarakat yang belum mencapai tahap kematangan agak lambat menerapkan nilai yang dikehendaki.Peranan kempen yang singkat tidak dapat memberi kesan yang sepatutnya.Khalayak agak terkejut dengan kempen yang agresif dan singkat kerana mereka belum bersedia sepenuhnya.Tambahan kempen ini bermusim.
Membina masyarakat yang beradab dan berakhlak mulia harus bermula dari bawah, dari peringkat masyarakat dan menjalar ke bandar raya.Kesedaran keluarga bagi menjadikan budi bahasa dan beradab sebagai amalan harian adalah kunci kepada kejayaan ini. Kita bersetuju dengan kempen 10 tahun yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesenian, Kebudayan dan Warisan untuk memanjangkan kempen ini ke sekolah-sekolah. Berapa banyak pula peruntukan yang hendak dikeluarkan seharusnya berbaloi dengan hasil yang diingini.
Orang ramai tidak harus melatah apabila Kuala Lumpur diletakkan jauh ke bawah dalam kajian ini pada tahun ini sebaliknya perlu muhasabah diri bagi memperbaiki setiap kelemahan yang ada.

6 ulasan: