2.4.1 Pernyataan Normatif
Pernyataan ini
terbahagi kepada dua, iaitu:
i) Pernyataan Normatif Moral
Pernyataan
ini merupakan penegasan atau pernyataan yang menyatakan pertimbangan nilai kita
seperti baik atau jahat, benar atau salah, dan diterima atau ditolak.
Contoh-contohnya:
(a) Berzina adalah perbuatan yang sangat
keji.
(b) Pengguguran adalah perbuatan yang tidak
bermoral.
Abdul
Rahman Aroff (1999) menyatakan bahawa terdapat dua cara kita menggunakan
istilah baik, buruk, benar, salah, larangan, tanggungjawab, hak, dan
sebagainya. Pertama, apabila kita menilai perbuatan atau perlakuan individu.
Perbuatan ini dipanggil pertimbangan nilai obligasi (deontic). Kesan perbuatan itu tidak diambil kira.
Contoh-contohnya:
(a) Kita patut menepati janji
(b) Perbuatan mencuri adalah salah.
Kedua,
apabila kita menilai ciri perwatakan, motif, atau peribadi seseorang.
Pertimbangan ini dinamakan pertimbangan moral aretaic. Contoh-contohnya:
(a) Seseorang yang
kedekut adalah tidak baik.
(b)Dia mempunyai
motif yang benar.
Harus
diingat bahawa ada pernyataan normatif yang mempunyai implikasi atau kesan
langsung dan segera terhadap tingkah laku. Apabila pernyataan itu dikeluarkan,
kita menentukan patut atau tidak patut seseorang itu berkelakuan demikian.
Contoh-contohnya:
(a)
Kecuaian memandu di jalan raya membahayakan diri sendiri dan orang lain. Berhati-hati di jalan raya.
(b) Kita
patut membantu orang yang tidak bernasib baik. Oleh itu, bermurah hatilah.
Di
samping itu, terdapat juga pernyataan normatif yang dinyatakan dalam bentuk
atau perintah. Hal ini melibatkan perbuatan yang patut atau tidak patut
dipatuhi oleh anggota masyarakat. Contoh-contohnya:
(a)
Peraturan Perlembagaan mesti dipatuhi.
(b)
Tempat ibadat
semua agama mesti dihormati.
ii) Perbuatan Normatif Bukan Moral
Pernyataan
ini disebut sebagai domain bukan moral. Termasuk di dalamnya ialah agama,
estetika, ekonomi, intelek, kebendaan, politik, dan sosial.
Dalam hal
ini, istilah baik, buruk, dan sebagainya tidak diguna pakai untuk menentukan
nilai moral perbuatan atau watak seseorang. Contoh-contohnya:
(a) Ini sebuah
buku yang baik.
(b) Anda tidak
perlu membeli kasut itu.
Antara
pernyataan-pernyataan normatif yang berhubung dengan soal estetika dan agama
ialah:
(a) Saya
sukamembelibeg tangan yang cantik dan selesa.
(b) Menipu adalah
satu dosa.
2.4.2 Pernyataan Deskriptif
Abdul
Rahman Aroff menyatakan bahawa pernyataan ini bebas daripada sebarang nilai
atau tiada kaitan dengan pertimbangan nilai-nilai moral. Pernyataan ini value-neutral dan terdiri daripada laporan atau
deskriptif. Tujuannya adalah untuk menyatakan fakta empirikal atau logikal.
Contoh-contohnya:
(a) Dia
sentiasa tidur awal.
(b) Kereta itu berwarna biru.
P
BalasPadam