Klausa
Klausa ialah satu
rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat , yang menjadi
konstituen dalam ayat. (Nik Safiah Karim et.al. 2008) Klausa tergolong kepada
dua jenis iaitu:
(i) Klausa bebas
(ii) Klausa tak
bebas
Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang
maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila
diujarkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam
ayat (Abdullah Hassan et.al 2006).
Contoh :
klausa 1 : Majid
kaya (klausa bebas)
klausa 2 : kerana
cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas)
Ayat sempurna:
klausa 1 + klausa
2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.
Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama.
Berdasarkan
contoh :
Majid kaya kerana cekap menguruskan
perniagaan.
[klausa
bebas] [
klausa tak bebas]
[klausa utama]
Oleh itu, pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang
mampu mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang sempurna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan