Teknik
soal jawab dan teknik memberi arahan.
Teknik
soal jawab
Merupakan teknik yang paling lama dan paling
popular digunakan dalam bidang pendidikan.
• Pemilihan
teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang
berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
• Teknik
ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan isi pelajaran dan murid dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
• Soalan-soalan
yang dikemukan memerlukan murid berfikir disamping dapat menguji dan menilai
apa yang diajar.
• Untuk
mengesan pengetahuan asas seni murid.
• Untuk
menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
• Untuk
mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang telah ditunjuk ajar.
• Memberi
masa untuk murid berfikir menjawab soalan.
-Contohnya,
guru memberi ruang masa kepada murid ketika menjawab soalan
berkenaan beberapa warna harmoni yang
terdapat dalam gambar tersebut
• Guru
mengendalikan jawapan murid yang salah dengan baik. Misalnya, tidak memarahi
murid apabila soalan yang dijawab itu salah.
-Contohnya,
“bagus kerana menjawab, tetapi jawapan yang lebih baik ialah campuran warna
primer akan menghasilkan warna sekunder.”
• Guru
perlu mendorong murid untuk menjawab sesuatu soalan yang diberi.
Contohnya,
guru membuat tunjuk cara untuk menghasilkan “topeng muka kartun
kegemaranku” terlebih dahulu.
Kemudian bantu murid ketika melaksanakan tugasan
yang diberikan. Dorongan ini boleh dalam bentuk petunjuk-petunjuk yang
dapat
membantu murid-murid melaksanakan tugas dengan lebih baik.
• Guru
meminta murid menceritakan atau menjelaskan jawapan yang tidak jelas atau tidak
lengkap.
• Teknik
soal jawab ini boleh dilaksanakan mengikut aras rendah kepada aras tinggi.
Soalan-soalan yang diberikan memerlukan laporan dari aspek perasaan,
pendapat atau
kegemaran, mengubah bentuk maklumat seperti membuat perbandingan,
rumusan, dan
menyusun semula nilai maklumat
yang diberikan misalnya, melaksanakan tugasan
berdasarkan prosedur yang
diberikan.
• Soalan
yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar, dapat
mengapresiasikan sesuatu karya estetik dengan lebih baik di samping dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
Teknik
memberi arahan
• Guru
mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA
dan AKHIR sesuatu aktiviti.
• Pelajaran
yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan prose
yang dicadangkan oleh Gallahue (1995)
• Tujuan
teknik ini;
-
Mengawal penuh pengajaran
-
Memilih aktiviti
-
Menentukan bagaimana dan bila
-
Mengawal tingkah laku
-
Menilaikeputusan
-
Menjimatkan masa untuk membuat percubaan
• Guru memberi
penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahiran yang digunakan.
• Guru memberi
komen am tentang prestasi kelas.
• Jika perlu,guru memberi
penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut
• Guru
mengarahkan murid-murid mengeluarkan bahan dan alat.
• Guru
meminta murid-murid duduk dalam kumpulan. Murid-murid menjalankan aktviti kolaj
dalam kumpulan. Guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua kumpulan.
• Guru
menunjukkan cara-cara menghasilkan hasil kerja.
• Kumpulan
yang dapat menyiapkan hasil kerja dengan segera diminta untuk bersedia untuk
aktiviti pembentangan.
• Guru
meminta murid-murid lain memberi respon / komen tentang hasil rakan-rakan
mereka.
• Guru
memberi bimbingan kepada murid-murid
selepas membuat pembentangan.
3.5 Teknik tunjukcara, teknik tindakbalas, teknik
bercerita, teknik kawalan kelas,
menggunakan
sumber bahan pengajaran dan pembelajaran.
Teknik
tunjuk cara
•
Tunjuk
cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu
aktiviti mengikut prosedur.
•
Ia
melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk
menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.
•
Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian,
kemahiran hidup, lukisan, gimnastik atau proses pengajaran yang menjalankan
sesuatu aktiviti.
•
Memberi
peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari
setelah melalui prosedur yang ditunjukkan.
•
Membuat
pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah.
•
Meningkatkan
ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen.
•
Meningkatkan
keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti.
•
Membolehkan
pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.
•
Kelebihan
teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada
pelajar melalui penglihatan dan pendengaran.
•
Tiga jenis tunjuk cara ialah model hidup,
model simbolik dan model persepsi.
•
Untuk menghasilkan
pembelajaran melalui tunjuk cara yang berkesan, guru hendaklah mematuhi
prinsip-prinsip berikut:
Sebelum demonstrasi
•
Guru hendaklah mematuhi
topik, objektif, dan kandungan tunjuk cara.
•
Alatan dan bahan disediakan.
•
Tempat demonstrasi hendaklah
jelas dan mudah dilihat.
Semasa demonstrasi
•
Guru hendaklah memandang ke
arah pelajar semasa penerangan.
•
Terangkan semula sekiranya
ada yang tidak jelas.
Selepas demonstrasi
•
Bincangkan dengan pelajar
tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat rumusan dengan tepat.
3.6 Teknik penerangan menggunakan contoh,
ilustrasi dan sumber P&P.
•
Menurut
Edward M. Antony;1963, kemahiran guru digunakan untuk pengelolaan dan
pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
•
Kaedah membentuk teknik seperti teknik
bercerita (teknik penyampaian)
•
Satu muslihat, strategi atau kemahiran
digunakan guru dengan tujuan mencapai objektif pelajaran secara optimum.
•
Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di
bawah penyeliaan guru.
•
Mempelbagaikan perbendaharaan kata untuk
mendapatkan hukum.
•
Memperkenalkan pengetahuan dan pengalaman.
•
Mengakumulasikan maklumat untuk membentuk
hukum.
•
Membentuk kesimpulan daripada contoh-contoh
tertentu.
•
Pengajaran dengan mengemukakan generalisasi
dan kemudian diikuti oleh contoh-contoh.
•
Bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif.
•
Membentuk satu tatacara yang berkesan bagi
mengajar kemahiran bahasa iaitu memahami, menulis dan bertutur.
•
Generalisasi pada permulaan pengajaran
mestilah dinyatakan secara eksplisit.
•
Contoh-contoh yang digunakan mestilah sesuai
dan mencukupi.
•
Contoh hendaklah bertepatan dengan isi
pelajaran.
•
Contoh mestilah betul supaya murid dapat
meniru dan menghasilkan contoh yang lain.
•
Cara mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.
•
Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu
membuat banyak persediaan.
•
Teknik ini patut dan sesuai digunakan oleh
kerana secara tradisinya, guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan
pengajaran dan pembelajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan