Penguat
- Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif berdasarkan jenis-jenisnya. Terdapat
tiga jenis penguat:
(i) Penguat hadapan
(ii) Penguat belakang
(iii) Penguat bebas
- Penguat
hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata
adjektif.
Penguat
hadapan terdiri daripada kata terlalu
dan paling.
Contoh:
(1) Rumahnya terlalu besar.
(2) Lukisan
itu paling cantik.
- Penguat
belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata
adjektif seperti sekali, benar, nian
(3) Pakaian
pengantin itu cantik sekali.
(4) Kereta
lama itu lambat benar.
(5) Taman
Bunga di istana itu indah nian.
- Penguat
bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu
boleh hadir di hadapan atau di
belakang kata adjektif. Contoh: amat dan sungguh.
(6) Kubah
masjid itu amat besar.
(7) Gerakan
dan gaya Silat Gayung Fatani tangkas sungguh.
Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam
binaan frasa adjektif. Contoh : sungguh amat, terlalu amat, seperti dalam
ayat-ayat berikut:
(8) Percakapan
orang muda itu sungguh amat
kasar .
(9) Kelakuan
anaknya terlalu amat sopan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan