Kedudukan
Frasa Sendi Nama dalam Ayat
Frasa sendi nama mempunyai
fungsi dalam predikat sesuatu ayat. Dalam sesetengah ayat lain, frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur
keterangan.
9.2.1 Predikat Frasa sendi Nama
Dalam susunan
ayat biasa, frasa sendi nama hadir selepas subjek.
Contoh:
(1). Ahmad ke sekolah setiap hari.
(2). Kolam ikan di tepi taman.
(3). Yushiro dari bandar raya Tokyo.
(4). Kerusi itu daripada kayu jati.
(5). Hadiah ini untuk ibu Zarina.
(6). Bahaman daripada keluarga seni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan