Mengenal Kraf Tradisional
Kraf Tradisional boleh didefnisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja
berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan
daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum
masing-masing.
Kraf
tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:
Jenis
Kraf
|
Contoh Kraf
|
v
Alat Domestik –
merupakan
peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan
sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu. Teknik-teknik untuk menghasilkan alat
domestik di atas ialah teknik luakan, teknik asemble dan teknik ukir.
|
|
v Alat Permainan -
disini bermaksud alat permainan tradisi yang kebiasaannyadimainkan untuk
mengisi masa lapang selepas kerja-kerja menuai padi.
|
|
v Alat Pertahanan
Diri - dipanggil senjata. Senjata
adalah alat keperluan manusia di zaman purba. Senjata digunakan untuk memburu
dan juga untuk mempertahankan diri.
|
|
v Batik - merupakan
sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan
kain.
|
|
v Seni Tekat -
termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara
menyulam
benang ke atas kain dasar jenis baldu.
|
|
v Tembikar - adalah hasil barangan kraf yang diperbuat
daripada tanah liat, dibentuk dan dibakar.
|
|
v Seni Anyaman -
merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh,
rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan
menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian
antara satu sama lain.
|
|
v Seni Ukiran Kayu -
merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk
menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman
dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang
Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan
masyarakat di negara ini.
|
|
Jadual 2.16 Jenis-jenis Kraf
Tradisional
ALAT DAN
BAHAN SENI TEKAT
Alat
|
Bahan
|
Pemidang kayu
berkaki dan cuban.
|
Benang emas, benang putih, kain dasar baldu, kertas tebal, gam
dan rotan saga.
|
Jadual 2.17
2.25 Proses Menyulam
Proses
|
Penerangan
|
||
|
Dimulakan dengan
menyiapkan pemidang dengan meregang kain putih, kemudian diikuti dengan
menyediakan mempulur atau isi tekat dari kertas atau rotan sega. Setelah
persiapan ini selesai barulah proses menyulam atau penciptaan tekat
dimulakan.
|
||
Persiapan
pemidang
|
Penggunaan pemidang
berkaki atau tidak, dimulakan dengan meregangkan kain putih di atasnya.
Bahagian pinggir atau tepi kain putih yang berukuran panjang persegi
dimasukkan batang pinang yang telah dihaluskan. Cara ini dilakukan untuk
membuat telinga kain. Melalui bahagian ini, kain putih diikatkan ke bingkai
pemidang. Dengan cara ini kain menjadi tegang. Di atas kain putih ini kain
baldu sebagai dasar dilekatkan dengan menyembat kasar.
|
||
Membentuk
mempulur
|
Mempulur atau
tempulur ialah isi tekat untuk motif dan ragam hias. Bentuk motif dilukis di
atas beberapa helai kertas yang telah dilekat tindih (enam hingga lapan
helai). Kemudian bentuk motif dipotong dan diasingkan dari kepingan kertas.
Potongan-potongan mempulur inilah yang dilekat kan di atas kain dasar tekat
sebelum proses menyulam benang emas dimulakan.
|
||
Menyulam
|
Benang emas dari
cuban merentasi bahagian batang mempulur dari titik A ke titik B. Di titik A
benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum
yang sedang matanya.
Jarum yang
sederhana matanya disesuaikan dengan lebar batang mempulur.
|
Jadual 2.18
Tiada ulasan:
Catat Ulasan