Dimensi
Moral
Konsep moral boleh difahami dengan
lebih lanjut berdasarkan dimensi moral.Seorang
insan yang berakhlak mulia yang seharusnya mengamalkan ketiga-tiga dimensi
moral.Secara amnya, kita
boleh membahagikan moral kepada tiga dimensi, iaitu penaakulan moral,
perasaan moral dan perlakuan moral.
4.1.1 Penaakulan
Moral
Disebut juga sebagai pemikiran moral
dan pertimbangan yang dibuat secara rasional dan bebas.Ini bermaksud seserong individu yang
mempunyaipemikiran moral dapat memikirakan sesuatu dilema moral dan membuat
pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh
masyarakat setempat.Prinsip keadilan dipentingkan semasa membuat sesuatu
keputusan.Penaakulan
moral juga boleh dikaitkan dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan
fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.
Contoh 1:
Seorang guru disiplin
telah menjatuhkan hukuman menggantung kelas selama 2 minggu kepada pelajar yang
didapati merokok di kawasan sekolah walaupun pelajar itu merupakan anaknya
sendiri.Keputusan yang dibuat oleh guru
disiplin adalah berdasarkan penaakulan
moral tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.
Contoh 2:
Seorang murid meniru dalam
peperiksaan akhir tahun buat pertama kali kerana ayahnya sangat garang dan
telah mengugutnya jika dia tidak dapat tempat pertama, dia tidak akan dapat
pergi ke Australia menghadiri majlis konvokesyen kakaknya. Sahsiah murid ini cukup menyenangkan guru
kelasnya. Walau bagaimanapun sebagai
guru yang tegas dan adil, guru itu
terpaksa mengambil tindakan mengikut peraturan sekolah.
4.1.2 Perasaan
Moral
Merupakan
kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin,
belas kasihan, bermotivasi dan murah hati.Perasaan yang bermoral ini membawa
kepada tindakan yangbermoral.Perasaan
ini akan membawa kepada perlakuan individu secara moral. Oleh itu, emosi moral ini adalah penting
untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu membuat sesuatu yang
bersifat anti sosial. Misalnya, perasaan
empati dan simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang
miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri.
Contoh:
·
Merasa
sedih dengan mangsa-mangsa tsunami di Jepun.
·
Bergembira
dengan kejayaan yang dicapai oleh rakan-rakan dalam peperiksaan.
·
Marah
kepada sesiapa sahaja yang membuang sampah di merata-rata tempat.
·
Bersimpati
dengan nasib rakan-rakan yang ditimpa musibah banjir.
4.1.3 Perlakuan Moral
Merupakan
tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang ditunjukkan
dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya.Tindakan moral ini
adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong
seseorangbertindak secara bermoral.
Contoh:
·
memulangkan
dompet yang dijumpai di kantin kepada guru bertugas dengan hati yang ikhlas
·
memimpin
orang buta menyeberang jalan
·
tidak
terjebak dalam rasuah walaupun pekerja-pekerja lain dalam unit tersebut
melakukannya kerana dia sedar bahawa rasuah akan merosakkan sistem pekerjaan
dan ditegah oleh agama
·
sebagai
ibu tunggal yang mempunyai seorang anak cacat iaitu tiada tangan dan kaki
sanggup mendokong anaknya pergi balik ke sekolah sejak Tahun Satu hingga Tahun
6.
4.2
Sifat-sifat Individu Bermoral
Bagaimana kita mengganggap seseorang
itu bermoral ?Sifat moral seseorang individu biasanya dapat dilihat melalui
perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran dan kejiwaannya. Namun begitu
kadangkala seseorang itu bertindak
kerana terpaksa. Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi juga
merangkumi aspek-aspek kerohanian dan pemikiran.Adakah anda
dan orang-orang di sekeliling anda orang yang bermoral? Mari kita renungkan bersama.
4.2.1
Prinsip-Prinsip/Ciri-ciri Individu Bermoral
Terdapat
berbagai pendapat dalam menentukan
sifat-sifat insan bermoral kerana masing–masing mempunyai fahaman yang tersendiri.
Terdapat teori-teori yang meletakkan kepuasan hati dan keseronokan sebagai
sifat moral. Ada yang mempertahankan egoisme sebagai moral dan sebagainya,yang
mempunyai kelemahan dan menerima berbagai kritikan. Ada yang menganggap
peraturan masyarakat sebagai asas penentuan nilai moral tetapi hakikatnya
nilai-nilai dalam masyarakat juga berbeza dan banyak bercanggah di antara satu
sama lain. Hakikatnya sukar dicari suatu persepakatan dalam
menentukan nilai-nilai moral. Pemikir-pemikir Pendidikan Moral mengemukakan tiga
prinsip sebagai panduan menentukan insan bermoral iaitu prinsip keadilan,
prinsip altruisme dan prinsip autonomi.
(i) Prinsip
Keadilan
Ramai orang memperkatakan tentang keadilan. Ada pihak yang mengatakan
bahawa adil itu saksama, seimbang, sama rata, dan sama rasa. Namun begitu sama
rata tidak juga menunjukkan keadilan apabila seorang yang bekerja lebih masa
tetapi masih mendapat bayaran yang sama. Bayaran setimpal adalah keadilan bagi
mereka, bukan hanya sama dengan orang lain. Agama Islam pula mendefinisikan
keadilan sebagai “meletakkan sesuatu pada tempatnya,” iaitu tempat yang
sesuai dan sepatutnya .
Bagi Aristotle yang banyak menulis tentang konsep
keadilan menyatakan adil itu sebagai “ fair-minded”,
tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan (reasonable way). Di antara
prinsip keadilan yang telah disebut oleh beliau ialah Prinsip Keadilan Umum
iaitu keadilan sosial yang mana masyarakat diorganisasikan supaya semua
individu memberi sumbangan kepada kebajikan umum. Keadilan “distributive” ialah adil dalam agihan kebaikan dan beban
juga menunaikan perjanjian antara manusia. Ianya juga merangkumi kemahuan kepada
peraturan, kejujuran, equity, integrity dan lawfulness.
Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral dan prinsip
ini amat berkaitan dengan Teori Keadilan Sosial. Prinsip keadilan
merupakan prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan
keuntungan antara individu dan masyarakat. Tentunya juga keadilan membawa makna
tidak pilih kasih, tidak tamak untuk
kepentingan diri sendiri.
(ii) Prinsip Altruisme
Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh individu akan melibatkan orang lain
terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. Pertimbangan tersebut akan lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika
perhubungan itu berdasarkan belas kasihan, simpati, memandang penting dan
mengambil berat tentang kebajikan orang lain.
Amalan prinsip altruisme juga bermaksud individu akan menjauhi daripada
kejahatan dan mementingkan diri sendiri. Bak kata pepatah bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Prinsip altruisme
melibatkan perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk menjaga kebaikan
orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. Biasanya keputusan yang
diambil atau perlakuan yang dijelmakan bersifat moral dan berkeperimanusiaan.
Perasaan kasih sayang, simpati dan empati
menghilangkan rasa kepentingan diri sendiri, kebencian dan tamak.
(iii) Prinsip
Autonomi
Adakah kita bebas membuat pertimbangan?
Persoalan ini ada kaitannya dengan prinsip autonomi kerana prinsip ini
menerangkan konsep pertimbangan bebas.
Andaian bahawa pertimbangan dan
tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh
dikategorikan sebagai moral. Ini
disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya bertingkahlaku secara
rasional dan adil. Individu itu tidak mengakuri tanggungjawab moral, tetapi
hanya mematuhi perintah dari kuasa luar. (Koo, 1990). Adakah anda setuju dengan pendapat ini?
Dari perspektif bahasa pula autonomi berasal dari suku kata Autos
bererti diri sendiri dan Nomos bererti undang-undang. Ini
boleh diertikan sebagai penentuan sendiri tentang peraturan dan kawalan
berdasarkan pengalaman dan alasan sendiri.
Prinsip ini meliputi pertimbangan
bebas dan kebebasan memilih. Perlakuan dan pertimbangan individu merupakan
hasil tekanan kuasa atasan contohnya seorang guru disiplin mengenakan peraturan
kepada pelajar-pelajar atas arahan pihak atasan.
Kant menyatakan individu perlu dihormati kerana mereka adalah agen
autonomi untuk membuat keputusan dalam mengambil sesuatu tindakan. Sepatutnya
prinsip-prinsip yang universal, sejagat boleh dijadikan undang-undang yang
rasional pada mana-mana tempat sama ada di peringkat negara atau institusi,
syarikat, keluarga dan sebagainya.
4.2.2 Profil Insan Bermoral
Konsep
insan bermoral ini berkait rapat dengan pendidikan agama. Insan Bermoral
merupakan seseorang yang berkelakuan yang boleh diterima oleh masyarakatnya
dengan cara mematuhi segala set peraturan yang telah ditetapkan oleh autoriti.
Seharusnya orang yang bermoral mempunyai hemah tinggi seperti:
a. Bebudi
pekerti, bertingkah laku mulia serta berbudi bahasa
b. Tidak
sombong, tidak menunjuk-nunjuk dalam pergaulan seharian.
c. Bergaul
mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui kelemahan dan kekurangan diri.
d. Jujur-
niat baik, amanah, ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
e. Orang
bermoral juga mempunyai sifat hormat-menghormati terhadap:
i) Raja dan negara
ii) orang yang lebih tua, guru, rakan, dan
jiran
iii) Ibu bapa
iv) Hak asasi manusia
v) Kepercayaan dan adat resam pelbagai
kaum
vi) Sifat-sifat yang tersendiri pada setiap
individu
vii) Undang-undang
viii) Maruah diri
Walaupun
begitu pemikiran, kefahaman dan autoriti moral pelajar haruslah dikembangkan
untuk melahirkan Insan Bermoral yang berkesan dengan mengembangkan penaakulan
mereka dalam menangani sesuatu masalah. Ini penting supaya tidak terjadi
kekeliruan atau konflik di antara nilai tradisi dengan nilai Barat disebabkan
pengaruh daripada media massa. Oleh sebab itu seseorang insan bermoral
seharusnya mampu:
(a) mengenalpasti sesuatu situasi moral;
(b) berfikir secara rasional mengenai sesuatu situasi itu serta membuat
pelbagai pilihan perlakuan yang berkaitan dengan situasi tersebut;
(c) memilih sesuatu tindakan berasaskan sesuatu pertimbangan tertentu;
dan
(d) bertindak terhadap sesuatu pilihan yang telah dipilih berdasarkan
peraturan dan prinsip moral yang asas.
Selain
itu seseorang insan moral perlu menguasai dimensi emosi simpati dan empati.
Mereka boleh meluahkan perasaan mereka secara betul dan bukan sesuka hati
sahaja. Di harapkan dimensi emosi atau perasaan ini akan membuat pelajar
memahami emosi diri sendiri secara rasional di samping memahami perasaan orang
lain.
4.2.3 Ciri-ciri Insan Bermoral
1. Menghormati
autoriti (ibu bapa, guru, pemimpin negara dan agama) yang menunjukkan contoh
teladan serta amalan yang bermoral. Menghormati agama dan kepercayaan orang
lain serta menghargai nyawa sendiri dan orang lain. Orang yang bermoral juga
akan membuat keputusan moral secara autonomous setelah menimbangkan segala
fakta, alternatif dan kesannya.
2. Melakukan
sesuatu secara bebas tanpa sebarang tekanan, tetapi mestilah berdasarkan sebab
yang munasabah serta motif dan tujuan yang rasional. Segala fakta yang berkaitan
dengan isu yang dipersoal akan dipertimbangkan secara objektif sebelum sesuatu
keputusan dibuat.
3. Mempunyai
pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam satu-satu
situasi. Kesedaran tentang perasaan dan kepentingan orang lain haruslah
dititikberatkan dalam sesuatu situasi dan keputusan moral.
4. Mempunyai
emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang benar selepas keputusan
moral diambil. Seseorangakan sukar untuk bertindak sekiranya dia tidak
bermotivasi untuk melakukannya.
5. Mempunyai
iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan secara berterusan
berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan yang asas.
4.3 Peranan
guru dalam pembentukan insan bermoral
Guru
Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah
mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat.Ini
bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang
moral yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke
sekolah.Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan moral dari
segi pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak yang masih boleh
dilentur.
Guru
Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber
pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara
sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan
pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di
sekolah. Kanak-kanak yang belajar di sekolah ternama dan tinggi penghayatan
moralnya sudah tentu lebih beruntung dan lebih mudah proses pemupukan nilai
dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya.
Guru
Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah tertanam
dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral
dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada. Guru
dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing
mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan. Pendidikan Moral di
sekolah digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke arah
mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi.
Selain itu,
guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektifobjektif
seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral di kalangan anak
didiknya. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan
sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata
pelajaranyang lain. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan
KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang
membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Justeru
itu, untuk mencapai Matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah
akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam
kehidupan mereka melalui mata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung, dan
melalui mata pelajaran-mata pelajaran lain secara tidak langsung.
Objektif-objektif khusus Pendidikan Moral di bawah rancangan KBSM adalah untuk
membolehkan pelajar:-
·
Mengukuhkan
amalan, tingkah laku dan sikap moral yang telah diperoleh di bawah rancangan
KBSR,
·
Menyedari,
memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan;
·
Dapat
membuat pertimbangan yang rasional dan bertindak berasaskan prinsip-prinsip
moral;
·
Boleh
memberi sebab yang munasabah berdasarkan prinsip-prinsip moral semasa membuat
sesuatu keputusan; dan
·
Mengamalkan
nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan.
Sehubungan
itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar kita
adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral.Dengan menjalankan tugas penuh
dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan
kebangsaan dapat dicapai, iaitu menghasilkan pelajar-pelajar yang
bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia.
bagus sangat nota ini , amat membantu saya
BalasPadam