Ayat
Dasar
Ayat dasar ialah
ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayat-ayat lain berdasarkan
rumus-rumus tatabahasa.
Semua ayat yang
terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat yang menjadi
landasan dalam sesuatu binaan ayat.
Ayat dasar mempunyai empat pola asas
iaitu:
(i) Pola 1 : FN + FN
(ii) Pola 2 : FN + FK
(iii) Pola 3 : FN + FA
(iv) Pola 4 : FN + FS
Pola
|
Subjek
|
Predikat
|
Pola 1 (FN + FN)
|
Harun
|
pesilat amatur.
|
Pola 2 (FN + FK)
|
Jurulatih
|
sedang berehat.
|
Pola 3 (FN + FA)
|
Marlina
|
sungguh pandai
|
Pola 4 ( FN + FS)
|
Muzium
|
di Pusat Islam.
|
Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. Namun,
binaan-binaan tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa.
Contoh:
Pola
|
Subjek
|
Predikat
|
Pola 1 (FN + FN)
|
Harun
|
pesilat amatur negara.
|
Pola 2 (FN + FK)
|
Jurulatih
|
sedang berehat di bilik
|
Pola 3 (FN + FA)
|
Adik Marlina
|
sungguh pandai
|
Pola 4 ( FN + FS)
|
Muzium warisan
|
di Pusat Islam Kuala Lumpur.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan