Khamis, 27 Jun 2013

Proses Pengajaran Makro

Proses Pengajaran Makro

         4.2.1  Mengenalpasti bidang, jenis dan kandungan.
         4.2.2  Menulis hasil pembelajaran mengikut aras, tahap dan latar belakang murid.
         4.2.3  Merancang alat dan bahan untuk penghasilan.
         4.2.4  Mereka bentuk bahan bantu pengajaran dan pembelajaran.
         4.2.5  Menggunakan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
         4.2.6  Mereka bentuk set induksi, mereka bentuk langkah-langkah pengajaran dan
                   pembelajaran.
         4.2.7  Mereka bentuk aktiviti pengayaan dan penambahbaikan.
         4.2.8  Mereka bentuk aktiviti apresiasi dan refleksi.
         4.2.9  Mereka bentuk penutup.
         4.2.10Membuat maklumbalas, refleksi dan tindakan pembetulan.


CONTOH PENGAJARAN MAKRO

Rancangan Pengajaran Harian :

Mata pelajaran                                    :   Pendidikan Seni Visual
Kelas                                                   :   Tahun 2M
Tarikh                                                  :   30 Ogos  2012
Masa                                                   :   12.15 tgh – 12.45 tgh (30 minit)
Bilangan murid                                    :   16 orang
Bidang pelajaran                                 :    Membuat Corak dan Rekaan

A   Hasil pembelajaran:   Mengambar (Aras 3)
i)    Menghasilkan Kad ucapan dengan menggunakan pelbagai bahan serta teknik gosokan  
      setelah membuat pemerhatian.
ii)   Menyata dan mempamerkan  hasil kerja.
                 
Objektif pem                         B   Objektif Pembelajaran: Pada akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
i)    Menghasilkan kad ucapan dengan menggunakan teknik gosokan
ii)   Menguasai isi kandungan pelajaran
iii)  Mengetahui cara-cara untuk menghasilkan kad ucapan dengan teknik gosokan
      iv)  Menghasilkan kad ucapan yang menarik dan kreatif.

C   Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir               
1.   Menggunakan bahan untuk menghasilkan kad  ucapan secara  mudah        
2.   Meningkatkan kawalan psikomotor murid dalan kegiatan  menggunting, mengosok
         
D   Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
      1.   Menghasilkan gubahan corak mudah daripada motif yang  dihasilkan
      2.   Memupuk sikap kerja dengan cermat dan teliti    

Konsep/ prinsip/ hukum /teori:
Menghasilkan kad ucapan dengan pelbagai cara: menggunting, menyusun dan  mengosok.

Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Krayon, gunting, kertas lukisan, kertas tebal.

Langkah berjaga-jaga: Berhati-hati semasa menggunakan benda-benda tajam seperti gunting.

Pengetahuan sedia ada:
1.   Murid-murid pernah  melukis bentuk.
2.   Murid pernah melibat atau menghantar kad  ucapan kepada ibubapa, guru dan kawan.
3.   Murid-murid pernah  mendengar cerita Alladin.


Fasa
Hasil Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi P&P
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
Menyatakan teknik gosokan dengan menghasilkan kad ucapan yang cantik dan kreatif
Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dengan mempamerkan gambar Alladin dan bertanya.
 -Ini siapa ?
 -Alladin terjumpa
      apa benda?
 -Bagaimanakah dia menyuruh keluar ?
Cungkil idea murid dengan menyuruh seorang murid ke depan  melakukan perbuatan Alladin.
Bolehkah kita menggosokkan untuk menghasilkan corak yang cantik ?
Murid memerhatian gambar dan menjawab soalan.

Murid yang dipanggil ke depan mengikut arahan guru.
Strategi/ Teknik:
Penyoalan seluruh kelas menggunakan kartun konsep.
Menjalankan aktiviti simulasi.

Sumber pengajaran:
Tayangan slide
Menstruktur/ Menstruktur semula
Langkah 1
(5 min)
Teknik gosokan ialah pemindahan reka bentuk demi sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan.

Kertas lukisan -menghasilkan kad ucapan.
Kertas tebal –
melukis bentuk.
Gunting - mengguntingkan bentuk.
Krayon –
mewarnakan sekeliling stensil kertas.

Menerangkan teknik gosokan dan kepentingan kad ucapan.

Menunjukkan beberapa contoh kad ucapan.

Mengeluarkan alat dan bahan yang hendak digunakan sambil menerangkan fungsi alat dan bahan tersebut.

Memperingatkan murid-murid supaya menggunakan alat seperti gunting dengan cermat dan baik.
Murid mendengar dengan teliti arahan guru.
Strategi/
Teknik:
Aktiviti inkuiri dalam kumpulan

Sikap saintifik dan nilai murni:
-Berhati-hati

Sumber pengajaran:
Kertas tebal, kerstas lukisan,
Gunting, krayon.
Langkah 2
(5 min )
      Langkah 1 – gunting beberapa bentuk daripada kertas tebal.
      Langkah 2 – warnakan sekeliling stensil kertas dengan krayon.
      Langkah 3 - Pegang bentuk di atas kertas lukisan dan gosokkan dengan jari mengarah ke luar.
      Langkah 4 – ulangkan aktiviti dengan mendapatkan corak yang menarik secara tindah-tindih.
      Langkah 5 – menulis perkataan di atas kad ucapan.
Menerangkan teknik-teknik menghasilkan kad ucapan berpandukan tayangan slaid.

Berpandukan langkah kerja, guru menerangkan sambil membuat demostrasi di depan kelas.

Menunjukkan hasil kerja yang siap kepada murid.

Memberi peluang kepada murid untuk menyoal.

Menyuruh beberapa orang murid untuk menerangkan semula langkah membuat.

Memberi pujian dan pembetulan atas penerangan murid dan juga menerangkan semula langkah yang agak mengelirukan murid.
Murid memberi perhatian, mendengar, memerhatian dan menyoal apabila kurang faham.
Strategi:
Perbincangan kumpulan

Sumber pengajaran:
Tayangan slaid

Sikap saintifik dan nilai murni:
-Berani mencuba
-Beri prihatian

Aplikasi Idea
(30 min)
Proses membuat
Menyuruh murid duduk dalam kumpulan supaya mereka dapat saling membantu semasa menjalankan kerja.

Menyuruh ketua kumpulan tampil ke depan untuk mengambil kertas lukisan dan kertas tebal. Bagi murid lain, mereka mengeluarkan alat dan bahan yang dibawa.

Menyuruh murid memulakan kerja.

Memberi bimbingan dan tunjuk ajar dari satu kumpulan ke kumpulan lain.
 Murid bergerak masuk kumpulan masing-masing yang telah ditentukan oleh guru sebelum ini.

Ketua kumpulan tampil ke depan mengambil bahan dan murid lain keluarkan alat yang dibawa.



Murid memulakan kerja.
Strategi/
Teknik:
Aktiviti inkuiri dalam kumpulan

Sikap saintifik dan nilai murni: - - kerjasama
-saling membantu

KBKK:
-berfikir secara kreatif
-menjana idea
Refleksi/
Penutup
( 10min)
Penilaian
















Rumusan :
Kad ucapan boleh dibuat sendiri dan dihantar kepada sesiapa sahaja dengan menggunakan kos yang rendah.



Mempamerkan hasil kerja yang baik dan juga yang kurang memuaskan.

Memberi peluang kepada murid untuk memberi komen.

Memberi ulasan  atas hasil kerja mereka dan beri pengukuhan berdasarkan hasil kerja murid.

Membuat rumusan aktiviti hari ini.

Menyuruh murid mengemaskan alat dan bahan.

Memberi pesanan kepada murid untuk aktiviti minggu akan datang.
Murid menghantar hasil kerja mereka yang sudah siap kepada ketua kumpulan.



Murid membuat perbandingan hasil kerja dan memberi ulasan.

Murid membersihkan meja dan mengemaskan alat dan bahan.

Murid membuat catatan.
Strategi:
Penyoalan keseluruhan kelas

Sumber pengajaran:
-hasil kerja murid


 Sikap saintifik dan nilai murni: - - kebersihan
-penghargaan

KBKK:
-membanding beza
-menilai


Jadual 4.1  Contoh Pengajaran Makro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan