Khamis, 27 Jun 2013

Proses Penyusunan Semula

Proses Penyusunan Semula
Proses penerbitan ayat bahasa Melayu juga melibatkan proses penyusunan semula.  Yang dimaksudkan dengan proses penyusunan semula ialah bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu.  Lazimnya, berlaku proses perubahan atau pengguguran pada kata-kata tertentu dalam ayat yang disusun semula.  Berlaku juga penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat-ayat baharu yang diterbitkan daripada ayat asal.  Sungguhpun demikian, penyusunan semula ayat-ayat tidak melibatkan perubahan pada makna ayat. 
            Secara umum, terdapat tiga proses penyusunan semula ayat dalam bahasa Melayu, iaitu:

            (i)         penyusunan semula frasa nama sebagai subjek
            (ii)        penyusunan semula frasa nama sebagai objek

            (iii)       penyusunan semula melalui ayat songsang

1 ulasan:

  1. Masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama memang menjadi cabaran kepada kebanyakan negara khususnya dalam mengurus kemajmukan sosial itu. Cabaran itu wujud, terutama dalam aspek membentuk keharmonian, keamanan dan interaksi positif antara kaum, agama serta budaya, sekali gus memerlukan pendekatan berhemah serta penuh rasa hormat.

    Sebagai negara moden yang melakar masa depan lebih dinamik dan berusaha memposisikan diri sebagai negara maju, cabaran berterusan dalam arus globalisasi dan pasca kemodenan menjadi realiti perlu ditangani sebaik mungkin.

    Ini termasuk ancaman pelbagai krisis berbentuk penindasan dari segi ekonomi, politik dan sosial serta isu berkaitan pencabulan hak kemanusiaan. Sekiranya tidak diatasi dengan baik dan berhemah, ia akan menjadi halangan kepada proses pembinaan keharmonian dan perpaduan rakyat.

    BalasPadam