Penyerapan
Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan
pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada
satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang
diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu contohnya unsur ilmu, nilai, dan
kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan
kajian masa depan boleh diserapkan. Dalam
program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek utama, iaitu aspek pembelajaran dan
aspek komunikasi.
Tujuan Penyerapan.
Aspek ini boleh
membantu murid untuk :
a. Menambahkan
kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui
aktiviti yang
dijalankan
b. Membentuk sikap
ingin menambahkan ilmu pengetahuan
c. Meluaskan ruang
untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati
d. Memupuk corak
pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu
e. Membentuk
pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif
f. Meluaskan
ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati
g. Membantu murid
menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata,
pemilihan
laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang
lain mengikut
konteks
h. Memahami dan
menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan
diri
i. Menguasai dan
mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan
sebaya dan
masyarakat
Unsur Penyerapan dalam pengajaran Pendidikan Seni
Visual.
Terdapat lima unsur penyerapan, iaitu:
i. Ilmu
Pengetahuan.
• Bahan atau
kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam,
Pendidikan
Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains, dan
Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata
pelajaran
untuk mata pelajaran lain.
• Pelbagai karya
sastera seperti pantun, syair, dan sajak.
• Pengetahuan am
seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.
• Hal ehwal
budaya, warisan, dan kemasyarakatan.
ii. Nilai murni.
Nilai murni boleh diserapkan dengan berbagai-bagai cara
sepanjang pengajaran dan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi
utama untuk pembinaan nilai murni ialah melalui aktiviti secara individu,
berkumpulan, atau kelas.
Kadang kala nilai murni tidak dinyatakan secara terus,
tetapi boleh disampaikan secara terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran.
Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan
murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan kerja projek.
Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan
yang baik, berakhlak mulia , berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin
serta memahami antara satu dengan lain.
iii. Kewarganegaraan
Penyerapan unsur
patriotisme dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual mengutamakan pemupukan semangat cinta dan
taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan
warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan
negara.
iv. Peraturan
sosio-budaya.
Peraturan sosio-budaya dalam Pendidikan Seni Visual
meliputi proses, teknik dan penghasilan karya seni masyarakat Malaysia.
Peraturan sisio-budaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian
masyarakat Malaysia.
v. Kemahiran
Bernilai Tambah.
Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran
Pendidikan Seni Visual bagi membolehkan pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran
itu dalam dunia sebenar pelajar. Antara kemahiran bernilai tambah ialah
kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran
belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan