Khamis, 27 Jun 2013

Penggunaan Kata Sendi Nama

Penggunaan Kata Sendi Nama
Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat, terdapat dua unsur kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung dan, atau, tetapi.

Contoh:
(23)     Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu.
(24)     Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya?
(25)     Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam.
(26)     Nadia Chin Abdullah  bukan ke Australia tetapi ke Austria.

Dalam ayat (23), frasa sendi nama dengan kata hubung dari  boleh digugurkan secara pilihan unsur kedua.
Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua  ialah:

(27)     Dia mundar- mandir di dalam dan luar bangunan.
(28)     ]Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya?
(29)     Tuan  Haji  Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam.
(30)     Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria.
Namun dalam beberapa keadaan, terdapat kata sendi yang boleh berfungsi sebagai kata bantu aspek. Ini berlaku pada perkataan ’akan’.
Contoh :
(31)     Diana akan ke Kuala Lumpur. (akan sebagai kata bantu aspek)
(32)     Diana sayang akan kucingnya. (akan sebagai kata sendi)


Namun, dalam perbincangan ini, perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu situasi. Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan  melihat kedudukan dan fungsinya dalam ayat. Pada asasnya, frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam ayat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan