Pendekatan
Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam
pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan
baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih
faham, yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.
Konstruktivisme adalah
satu fahaman bahawa murid membina
sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Dalam
proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk
peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Pembelajaran secara konstruktivisme
menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori
pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya
konstruktivisme. Pembelajaran ini
menggalakkan murid mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi
dan proses inkuiri akan terhasil.
Ilmu pengetahuan
murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas
dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran mereka melalui pengalaman
pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu
pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid
melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan. Konstruktivisime merupakan
proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda
manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG dan universiti tetapi
tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Untuk membantu murid
membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur
kognitif yang sedia ada pada diri mereka. Apabila maklumat baru telah
disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat
mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat
dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme
yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan
pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. John Dewey mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina
pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan
murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pendapat ahli
konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang
akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murid dengan peluang
untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan
pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. Murid dibekalkan dengan fakta-fakta dan diberi penekanan
kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi.
Pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk
memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri
masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di
samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang
lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan
lagi.
Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme
Ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme
ialah:
i
Menggalakkan soalan/ idea yang
dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai
panduan merancang.
ii
Di sekolah menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan guru
iii
Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan
hasil
pembelajaran
iv
Menyokong pembelajaran secara koperatif
v
Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar
vi Memberi peluang kepada pelajar untuk membina
pengetahuan baharu dengan
memahaminya melalui penglibatan mereka dengan situasi dunia yang sebenar
vii
Menggalakkan proses inkuiri penemuan
viii Mengenal pasti perubahan sikap
pelajar
Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme
Kelebihan pembelajaran konstruktivisme
yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar adalah seperti yang berikut:
i Berfikir
Dalam proses membina pengetahuan baharu,
pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat
keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, pengetahuan boleh dicapai
melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah,
mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi, dan membuat
kesimpulan.
ii Faham
Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep
dan idea akan lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam
pembinaan pengetahuan baharu. Seseorang
pelajar yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan
pengetahuan yang baharu dalam kehidupan dan situasi baharu.
iii Ingat
Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar
akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara
aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan baharu.
iv Yakin
Pelajar yang belajar secara
konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri pemahaman mereka tentang
sesuatu perkara. Hal ini menjadikan
mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran serta
menyelesaikan masalah dalam situasi baharu.
v Kemahiran Sosial
Pelajar yang berkemahiran sosial boleh
bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan
masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh
apabila pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina
pengetahuan mereka.
vi Seronok
Dalam pembelajaran secara
konstruktivisme, pelajar membina sendiri pengetahuan, konsep, dan idea secara
aktif. Hal ini menjadikan mereka lebih
faham, lebih yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat
walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.
Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme
Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme
dapat ditunjukkan menerusi carta alir berikut:
Rajah 2.9: Langkah-langkah
Pembelajaran Konstruktivisme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan