Khamis, 27 Jun 2013

Definisi Ayat

1.1  Definisi Ayat

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al,  2006).

Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008).


 Contoh binaan ayat:
Subjek
Predikat
(1)  Ali (FN)
peniaga  (FN)
(2)  Pemburu  itu  (FN)
melontar lembing (FK)
(3)  Bajunya (FN)
cantik sekali (FA)
(4)  Rumah itu (FN)
di tepi sawah (FS)

1.2  Pembahagian Subjek dan Predikat

Subjek
Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.
Predikat
Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

  Contoh:
Subjek
Predikat
(5)  Amin
(6)  Abang kandungku
(7)  Pegawai kastam itu
guru besar di sekolah baru itu.
sedang berehat di bilik sebelah.
amat cekap.

Ayat di atas boleh juga disongsangkan  dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang.

Subjek
Predikat
(8)   Guru besar di sekolah baru itu
(9)   Sedang berehat di bilik sebelah
(10) Amat cekap
 Amin.
abang kandungku.
pegawai kastam itu.


1.3   Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
Ayat dasar ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj.Sabran, Rahim Syam ,1987).

Ayat terbitan ialah ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi.

Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula atau peluasan.

Contoh :
         Ayat Dasar                              à        Ayat terbitan (perluasan)
(11)  Faridah  guru (FN+FN)          à        Faridah guru yang sabar.
(12)  Ah Meng berlari (FN+FK)      à        Ah Meng berlari dengan pantas.
(13)  Pak Cik membaca(FN+FK) à          Pak Cik membaca surat khabar.
(14)  Kucing comel (FN+FA)          à        Kucing comel itu kesayangan Mama.

(15)  Mak Limah (FN+FS)               à        Mak Limah ke sawah untuk menuai padi.

1 ulasan:

  1. boleh tlg letakkan rujukan beserta m/s untuk bhn di ats

    BalasPadam