Khamis, 27 Jun 2013

Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen

Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen
Frasa kerja dengan ayat komplemen  merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Dalam binaan predikat, frasa kerja jenis ini  ditandai  dengan penggunaan kata kata hubung bahawa, demi, supaya, semoga dan untuk. Apabila keadaan sedemikian berlaku, maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk.

Contoh :
(i)  Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen
1.      Cikgu Normah  menegaskan bahawa tidur yang berkualiti  adalah perlu
         untuk kesihatan minda.
2.      Pak Mat mengakui bahawa dia pernah  berkhidmat dalam pasukan
         komando.
3.      Pemandu bas itu  memaklumkan bahawa semua penumpang selamat
      sampai ke destinasi.

Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (1) , (2) dan (3) menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk.

(ii)  Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen.

4.      Haji Amin percaya bahawa  mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan.
5.      Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung.
6.      Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat  mencabar.

Dalam ayat (4), (5), dan (7), frasa  kerja tak transitif telah menerima  ayat komplemen. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk.

                            

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan