Unsur
Keterangan dalam Frasa Kerja
Unsur keterangan
dalam frasa kerja diwakili oleh
unsur-unsur penerang yang memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut
dengan lebih lanjut. Unsur –unsur biasanya hadir selepas kata kerja. Bagi kata
kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek (penyambut). Unsur-unsur
keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama, frasa adjektif, dan
frasa nama. Yang pasti, unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang
lebih jelas tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi
struktur binaan dalam satu-satu frasa.
Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja,
unsur keterangan dapat dibahagikan kepada lapan jenis:
- Keterangan
tempat atau arah
- Keterangan
waktu
- Keterangan
cara
- Keterangan
tujuan atau harapan
- Keterangan
alat
- Keterangan
penyertaan
- Keterangan
hal
- Keterangan
bagai
Huraian:
(i) Keterangan tempat atau arah
Unsur keterangan
tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa. Penggunaan kata
sendi nama di,ke,dari,daripada,kepada
,pada jelas terdapat dalam unsur keterangan ini.
Contoh:
1.
Dia belajar di universiti.
2.
Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah.
3.
Lim Swee Ting berasal dari Negeri Sembilan.
4.
Emak Shafiqah menerima hadiah cenderamata daripada
guru besar.
(ii) Keterangan waktu
Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa
kerja iaitu
·
bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama
iaitu pada, dalam , sejak dan hingga
·
bentuk frasa nama seperti semalam, tahun lepas,
Contoh :
- Pensyarah
itu menamatkan kuliah pada jam 9
malam.
- Pameran kesenian
itu bermula sejak semalam.
- Aiman
menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam.
(iii) Keterangan
cara
·
Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata
adjektif.
·
Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama
yang mengandungi kata sendi nama dengan
diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda –nya.
Contoh :
a) Air
sungai mengalir deras.
1. (a) Air sungai mengalir dengan derasnya.
2. Azman berlari pantas.
2 (a) Azman berlari dengan pantasnya.
3. Menteri berjalan megah.
3 (a) Menteri berjalan dengan megahnya.
(iv) Keterangan tujuan atau harapan
- Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang
menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian.
- Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi,
untuk dan bagi.
Contoh :
1. Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi
masa depan.
2. Mereka berkahwin untuk mencapai
kebahagiaan hidup.
3. Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi
menjelaskan isu sebenar.
(v) Keterangan alat
- Unsur yang menerangkan peralatan, perkakas atau
benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. Kata sendi nama
yang digunakan ialah dengan.
Contoh:
1. Guru pelatih itu datang dengan
menaiki kereta api
2. Encik Ahmad memotong kek dengan
pisau.
3. Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki.
(vi) Keterangan penyertaan
- Unsur yang menerangkan maksud ikut serta, ikut
bersama-sama atau melibatkan diri.
- Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan.
Contoh:
1. Aminah datang ke masjid dengan
suaminya.
2. Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli
jawatankuasa surau.
3. Muniandy masuk ke pejabat dengan
pembantunya.
(vii) Keterangan
hal
- keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan
- kata sendi nama yang digunakan ialah tentang,
mengenai, terhadap.
Contoh:
1. Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu.
2. Panel disiplin membuat teguran
terhadap kes itu.
3. Jurutera perunding membuat penilaian
semula tentang projek tersebut.
(viii) Keterangan bagai
- Unsur yang menerangkan keserupaan,kesamaan atau
hampir sama.
- Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti,
bagai, sebagai, bak.
Contoh :
1. Amran berlagak seperti pegawai tinggi .
2. Kepantasan lelaki
itu bertindak bagai lipas kudung .
3. Diana berlakon sebagai Puteri Gunung
Ledang.
4. Hidungnya mancung bak seludang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan