Khamis, 27 Jun 2013

Kata Sendi Nama + Frasa Nama

Binaan  Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama    ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang boleh bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa.  Frasa sendi nama terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu.
 (Nik Safiah Karim et.al,2008)
Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama. (Abdullah Hassan et.al 2006).
Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di, ke, dari, daripada ,kepada , pada, untuk, akan bagi, hingga,oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek.
Contoh :


9.1.1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Frasa  dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN). Dalam hal ini, kata sendi nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama.
Contoh:


Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama
Frasa Nama
di
ke
dari
daripada
kepada
untuk
dengan
sejak
tentang
sampai
bagi
gimnasium
sekolah
pusat tuisyen
aluminium
Tuan Jana Khatib
ibu
kemewahan
semalam
klorofil
siang
ayah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan