Selasa, 25 Jun 2013

Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)

Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TMK) dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri.  Penggunaan TMK mestilah dilihat sebagai satu tambahan kepada alat Pengajaran dan Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan.  Penggunaan TMK juga mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media secara manual dalam Pendidikan seni Visual.

Pendekatan TMK yang terbaik apabila  digunakan secara bijak dan terancang mampu meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual. Perisian perlu sesuai mengikut keperluan sesuatu topik pengajaran Pendidikan seni Visual supaya dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan memuaskan.


Definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)

TMK dalam Pendidikan Seni Visual lebih merujuk kepada kemampuan teknologi itu
sendiri, yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang memberi sokongan kepada murid, guru, panitia serta organisasi sekolah bagi menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta sebagai salah satu kaedah melaksanakan kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.

Rasional Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

-       untuk menyediakan warga pendidik Seni Visual dalam menghadapi perkembangan TMK masa kini dan akan datang.
-       Untuk menyediakan murid dengan pengetahuan seni digital yang telah menjadi salah satu jurusan yang diminati serta kompetetif di IPT.
-       Sebagai salah satu tarikan serta salah satu cara penyelesaian masalah seni reka dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang lebih mudah, pantas dan berkesan.

Pengaplikasian TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran boleh diintegrasikan secara:

i   Integrasi TMK dalam pembelajaran tutorial
Integrasi ini bertujuan untuk menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih komprehensif dan efisien, contohnya dalam bentuk CD-ROM, cakera keras, dan tapak pembelajaran.  Aplikasi ini lebih berfokuskan kepada pembelajaran secara kendiri.

ii  Integrasi TMK dalam pembelajaran eksploratasi
Kemudahan TMK digunakan sebagai medium untuk pembelajaran penerokaan, mencari, dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat, dan tapak pembelajaran.  Dalam pembelajaran secara penerokaan ini, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang mereka terima melalui TMK.  Hal ini berbeza dengan pembelajaran tutorial; murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal oleh sistem.

iii Integrasi TMK sebagai alat aplikasi
TMK digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.

iv  Integrasi TMK sebagai alat pemudah komunikasi
TMK digunakan sebagai alat pemudah komunikasi antara murid dan guru di lokasi yang berbeza tetapi saling berinteraksi, menghantar, menerima, dan berkongsi maklumat seperti dalam bentuk teks, bahan grafik, audio, emel, telefaks, Facebook, Blog dan lain-lain.  Murid boleh bertukar maklumat sesama sendiri bagi menganalisis dan membuat perbandingan dengan pengalaman dan maklumat yang mereka peroleh.  Menerusi pembelajaran seperti, murid dapat membina pengalaman yang lebih menarik, bermakna, dan berkesan.



Ciri-Ciri Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Penggunaan TMK adalah merentas kurikulum Pendidikan Seni Visual yang mengandungi bidang  Penghasilan Seni Visual, Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Dalam mencari maklumat ini TMK boleh digunakan secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Left-Right Arrow: Kurikulum Pendidikan seni Visual
 



Penghasilan Seni                                                                 Sejarah dan Apresiasi
        Visual                                                                                    Seni Visual




                                               Penggunaan TMK

Rajah 2.4: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi




















         Penggunaan TMK dalam Pendidikan Seni Visual boleh dibahagikan kepada 4 bahagian
         utama;

 


























2.1.4  Pembelajaran Kontekstual

Ia menyediakan pembelajaran secara konkrik yang melibatkan aktiviti ‘hands on’ dan‘mind on’. Kajian Masa Depan dapat menyedarkan dan merangsang minda berfikir apa yang akan berlaku berdasarkan ramalan, imaginasi dan kreativiti yang didasarkan kepada sejarah. Mengikut Teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan


Rajah 2.5: Bahagian-bahagian Utama Penggunaan TMK Dalam PSV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan