1.4
Pendahuluan
Kursus ini bertujuan untuk memberi peluang kepada
para pelajar untuk memahami dan menghayati sumbangan teori dalam menentukan
perkembangan moral kanak-kanak. Unit ini akan memberi penumpuan kepada
setiap teori perkembangan moral yang dinyatakan di atas. Tavecchio,
Stams, Brugman dan Thomeer-Bouwens (1999) menjelaskan salah satu matlamat jangka panjang
mengkaji perkembangan moral adalah untuk memahami serta menjangka tingkah laku
moral, termasuk salah laku. Secara empirikal, hubungan antara kecekapan
pertimbangan moral atau penaakulan moral dan salah laku merupakan cabang kajian
yang terbukti penting pada dekad ini (Gregg, Gibbs dan Basinger, 1994).
1.5
Teori Perkembangan Moral Kognitif
Pakar-pakar
perkembangan kognitif seperti Jean Piaget dan Lawrence Kohlberg mendakwa bahawa
perkembangan moral bersifat universal dalam dua perkara:
i. Setiap individu dalam
semua kebudayaan melalui peringkat-peringkat perkembangan moral yang sama.
ii. Perkara yang mendasari
setiap peringkat perkembangan moral adalah konsep-konsep moral yang serupa
seperti kewajipan, keadilan dan tanggungjawab.
1.5.1 Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget.
Kanak-kanak membina maklumat secara aktif semasa meneroka dunia sekelilingnya Mereka mengadaptasikan pemikiran dengan memasukkan idea-idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara.
Kanak-kanak membina maklumat secara aktif semasa meneroka dunia sekelilingnya Mereka mengadaptasikan pemikiran dengan memasukkan idea-idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara.
Piaget menyatakan, perkembangan kanak-kanak dan remaja mempunyai dua peringkat:
i.
Peringkat heteronomus (umur 4 hingga 7
tahun).
Pada peringkat ini, beliau menganggap kanak-kanak memandang perundangan
sebagai tidak dapat diubah.
ii.
Peringkat kedua adalah autonomus (10
tahun ke atas)
Pada peringkat ini, mereka sedar peraturan yang
dikenakan ke atas mereka dikuatkuasakan oleh manusia juga.
Piaget (1965) telah memberi tumpuan kepada Perkembangan
Kognitif kanak-kanak yakni dengan memberi penekanan mengenai bagaimana manusia
berfikir dan memahami. Dengan melihat kepada anak-anaknya sendiri beliau cuba memahami bukan sahaja apa yang mereka fahami tetapi juga bagaimana
mereka memberi makna kepada dunia. Pemerhatian secara teliti menunjukkan
kanak-kanak menjadi matang secara biologi dan juga melalui pengalaman sosial.
Menurut Piaget setiap manusia melalui empat tahap perkembangan kognitif iaitu
tahap deria motor, tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan tahap operasi
formal (Sakhilah Shahkat Ali, 2009).
Perkembangan
moral pula ditentukan dalam tiga tahap. Tahap pertama adalah tahap pramoral.
Pada tahap ini kanak-kanak berminat dengan diri sendiri sahaja dan mengutamakan
pandangan sendiri. Pada peringkat kedua iaitu peringkat heteronomous,
kanak-kanak lebih berhati-hati dan berminat pada orang lain. Pada peringkat ini
perasaan hormat kepada pihak yang berkuasa serta berupaya menerima peraturan.
Kanak-kanak juga berupaya membuat pertimbangan moral iaitu menentukan baik
buruk atau betul salah melakukan sesuatu perkara. Peneguhan dalam bentuk
ganjaran dan hukuman diambil kira dalam peringkat ini (Sakhilah Shahkat Ali,
2009).
Peringkat yang
terakhir pula ialah kemoralan autonomous. Pada peringkat ini kanak-kanak
mengambil berat tentang kebajikan dan minat masing-masing. Perasaan hormat pada
orang lain juga mula dititikberatkan. Piaget menjelaskan pada peringkat ini
kanak-kanak menganggap peraturan boleh berubah-ubah berdasarkan kerjasama dan
rasa hormat pada orang lain. Keputusan moral tidak lagi pada kehendak
undang-undang autoritarian tetapi segala aspek boleh diambil kira. Keupayaan
melihat sesuatu perkara daripada pelbagai sudut bertambah, ini meningkatkan
keupayaan seseorang menkonseptualisasi dilema moral (Kurtines & Greif,
1974, Shaffer, 1993).
Sumbangan Piaget
terhadap perkembangan moral telah dikembangkan oleh Kohlberg (1963, 1964, 1969,
1976,1981, 1984). Pada kali ini
kajian-kajian oleh Kohlberg telah mengambil kira semua peringkat umur dari
golongan kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa.
1.5.2 Teori
Perkembangan Moral Kohlberg.
Selepas kajian secara intensif oleh teori Piaget, Kohlberg (1969) telah
memperkembang peringkat perkembangan moral kepada enam di mana setiap peringkat
mewakili cara tertentu seseorang berfikir mengenai dilema moral. Selama
tiga puluh tahun melakukan kajian, Kohlberg telah mengenal pasti terdapatnya
tiga tahap penaakulan moral. Setiap tahap dibahagikan kepada dua peringkat.
Menurut Kohlberg (1976), enam peringkat moral yang telah dibahagikan kepada
tiga tahap utama. Ini dikenali, tahap prakonvensional (peringkat 1 dan 2),
tahap konvensional (peringkat 3 dan 4), dan tahap pascakonvensional (peringkat
5 dan 6). Menurutnya peringkat yang lebih tinggi dalam setiap tahap adalah
lebih baik dan tersusun dan mampu menggambarkan perspektif umum setiap tahap
tersebut. Menurutnya lagi untuk memahami peringkat-peringkat ini adalah lebih
baik untuk memahami ketiga-tiga tahap terlebih dahulu.
Tahap
prakonvensional, merupakan tahap bagi kebanyakan kanak-kanak berusia kurang
sembilan tahun, sedikit golongan remaja, dan banyak bagi golongan dewasa dan
remaja yang terlibat dengan jenayah. Tahap konvensional pula merupakan tahap
bagi kebanyakan remaja dan golongan dewasa dalam masyarakat dunia. Manakala
tahap pascakonvensional pula paling kurang dicapai oleh dewasa dan selalunya
dicapai oleh mereka yang telah berusia lebih dua puluh tahun.
Kohlberg (1976)
telah menyarankan agar ketiga-tiga tahap dilihat dalam tiga bentuk yang
berlainan iaitu dalam hubungannya antara diri, masyarakat dan jangkaan, iaitu:
Tahap l: golongan
prakonvensional, di mana undang-undang dan jangkaan sosial adalah bersifat
luaran pada diri seseorang.
Tahap ll: golongan
konvensional, di mana diri mereka dikenal pasti menurut peraturan dan
jangkaan terhadap orang lain terutama pihak berkuasa.
Tahap lll: golongan
pascakonvensional, golongan ini berupaya membezakan diri daripada undang-undang
dan jangkaan-jangkaan orang lain dan memberi makna pada nilai-nilai dalam
bentuk prinsip pilihan sendiri (self-chosen prinsipal).
Enam Peringkat
Perkembangan Moral Kohlberg
______________________________________________________________
Prakonvensional Peringkat
1. Orientasi Hukuman dan Kepatuhan (Might makes right)
Peringkat
2. Orientasi Timbal balik
(Scratch
my back, I’ll scratch yours)
________________________________________________________________
Konvensional Peringkat 3. Orientasi Persetujuan Antara Individu
(Good
boy, nice girl approval)
Peringkat
4. Orientasi Undang-undang dan Peraturan
(Fixed rules,
right behavior consists in doing one’s
duty)
________________________________________________________________
Pascakonvensional Peringkat
5. Orientasi Kontrak Sosial
(Standards
critically examined and
agreed upon by
whole society)
Peringkat
6. Orientasi Prinsip Etika Sejagat
(Universal
justice, equality)
________________________________________________________________
Dipetik daripada Traviss, 1985.
Teori Perkembangan
Sosial
Idea tentang
perkembangan atau pembelajaran sosial telah dipelopori oleh Miller dan Dollard
pada tahun 1941 tetapi Albert Bandura dan R.H Walter (1963) telah menghalusi
dan mendalami kajian ini. Bandura mendapati bahawa dalam kehidupan seharian
terdapat banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, tauladan, tiruan
dan penggunaan bahasa.
Tiruan ini
boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu tiruan mudah dan identifikasi
seseorang supaya ditirui. Peniruan ini berlaku dalam tiga bentuk iaitu:
i.
Tiruan secara langsung, ia merujuk kepada meniru
seseorang atau model dengan melihat kepada orang itu
ii.
Peniruan melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan,
sekat lakuan merupakan tingkahlaku yang sesuai pada satu masa tetapi tidak
sesuai dalam situasi yang lain. Tidak sekat lakuan merujuk kepada seseorang
yang terus meniru amalan tingkah laku dalam sesuatu situasi ke situasi yang
lain.
iii.
Peniruan secara elisitasi, proses ini menunjukkan
seseorang itu terus melakukan apa sahaja yang orang lain lakukan setelah
individu tahu melakukannya. Tiruan ini merupakan aktiviti mengulangi gerak geri
tindakan orang lain.
Dengan idea tiruan ini maka moral kanak-kanak banyak dibentuk atau
diperoleh dengan meniru ibu bapa, guru atau orang sekeliling secara formal atau
tidak formal.
Ciri-Ciri Teori Pemodelan Bandura
i. Unsur pembelajaran utama ialah
pemerhatian dan peniruan.
ii. Tingkah laku model boleh dipelajari
melalui bahasa, misalan dan teladan.
iii. Pelajar meniru sesuatu kemahiran
daripada kecekapan demontrasi guru sebagai
model.
iv. Pelajar memperoleh kemahiran jika
memperoleh kepuasan dan Peneguhan yang berpatutan.
v.
Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan,
peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan
peneguhan positif.
1.6.2 Prinsip
Pembelajaran Melalui Pemerhatian/ Permodelan
Bandura (1986)
mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian
atau pemodelan iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau
motivasi.
(i) Pemerhatian
Untuk belajar
melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi
perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk
kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau
guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya
yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah
ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan
pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian
kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan
isi-isi penting.
(ii) Mengingat
Untuk belajar
melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi
perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk
kanak-kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau
guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya
yang popular dan artis pujaan. Faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian ialah
ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan
pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian
kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan
isi- isi penting.
(iii)
Reproduksi
Pemerhatian
harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang
tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri-ciri atau
langkah-langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang
itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang
perkara-perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di
peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir.
(iv)
Peneguhan/Motivasi
Kita mungkin
telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian,
tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu
bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan
beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan
untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin
menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan
menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk
mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru
tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan.
Teori Perkembangan Sosial Emile Durkheim
Durkheim sangat
mementingkan isu mengenai bagaimana sesebuah masyarakat dapat mengekalkan
integriti mereka dalam dunia moden, apabila perkara-perkara seperti perbezaan
agama da latar belakang ethnic tidak dapat dipastikan. Menurutnya kesedaran
tanggungjawab moral lahir daripada perasaan yang terasa dekat dengan masyarakat.
Masyarakat adalah sumber
bagi semua pengetahuan moral dan authority yang mengesahkan moralti (Durkheim,
1906). Moral mempunyai kuasa kerana keupayaannya mengawal kelakuan manusia
sebagai satu jenis ikatan sosial atau kontrak. Menurut Durkheim, kanak-kanak
perlu memahami peraturan yang memelihara hubungan sosial yang dikenakan oleh
orang dewasa terhadap mereka. Peraturan yang dikenakan di rumah adalah secara
tidak formal sebaliknya peraturan di sekolah adalah formal. Maka guru mempunyai
autoriti sosial dan bertindak sebagai orang tengah antara masyarakat dan
kanak-kanak.
1.8 Teori
Perkembangan Moral Humanis
Teori pemebelajaran humanis
member tumpuan kepada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu seperti
perasaan dan emosinya. Pendekatan humanis menekankan cara pemikiran, pengamatan
dan cara mengintepritasi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan dan
tingkah laku moral. Ahli psikologi humanis mempercayai bahawa seseorang individu
sedar dan bertanggungjawab terhadap segala tingkahlakunya.
1.8.1 Teori Konsep Kendiri Carl Rogers
Carl Rogers (1950)
mendefinisikan konsep kendiri sebagai pesepsi diri sendiri tentang minat, sikap
dan nilai dan kebolehan melihat pesepsi orang lain terhadap diri sendiri dengan
persekitaran. Konsep kendiri positif adalah perrcaya dan yakin kepada diri
sendiri secara fizikal, mempunyai minat yang objektif dan tidak terlalu
sensitif.
Carl roges berrpendapat
pembentukan moral yang baik adalah melalui model yang boleh dicontohi dan
berpengalaman seperti ibu bapa, rakan sebaya, orang dewasa dan dirinya sendiri.
Pemupukan nilai dan keyakinan diri melalui didikan ini akan membentuk konsep
kendiri yang positif. Selain itu alam sekitar memainkan peranan yang penting
dalam perkembangan moral khasnya sebaran am, budaya dan penilaian masyarakat
terhadap sesuatu tingkah laku. Akhirnya, penilaian individu terhadap keperluan
asasinya seperti keselamatan , fizikal, kasih saying dan penghormatan diri akan
mempengaruhi penaakulan moral.
Cara- cara membina konsep
kendiri yang positif adalah memberi galakan bantuan dan sokongan kepada
kanak-kanak. Ibu bapa harus berpuas hati dengan hasil kanak-kanak dan member
pujian atau ganjaran. Ibu bapa juga perlu memupuk nilai moral dan agama yang
baik di dalam jiwa kanak-kanak sejak
mereka masih kecil lagi.
|
Laman web yang boleh dilayari:
1. Education Resources Infromation Center:
2. Moral Education Journals:
Terima kasih atas perkongsian. Sy mohon amal jariah ni dipanjangkan untuk pelajar saya.
BalasPadam