3.1.1
Kaedah
Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan
untuk melaksanakan sesuatu. Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada
satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif
pelajaran spesifik dalam jangka masa yang pendek. Dengan perkataan lain, kaedah
mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah
penyampaian yang tersusun.
Menurut Edward M.Anthony (1963), kaedah merujuk kepada
satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang
tersusun, berlandaskan kepada sesuatu
pendekatan yang dipilih. Huraian ini bermakna kaedah-kaedah yang dipilih untuk
proses pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan kepada suatu pendekatan
yang berkaitan dengan model, prinsip atau teori pembelajaran. Misalnya, didalam
pendekatan daripada spesifik kepada umum, iaitu pendekatan induktif, guru boleh
menggunakan kaedah inkuiri-penemuan yang mengandungi lima prosedur yang
tersusun seperti berikut:-
1.
Prosedur
Pertama : Mengenal pasti masalah
2.
Prosedur
Kedua : Merancang penyelesaian
3.
Prosedur
Ketiga : Mengumpul maklumat
4.
Prosedur
Keempat : Membuat tafsiran
5.
Prosedur
Kelima : Membuat kesimpulan
Di dalam sesuatu pendekatan pula, terdapat beberapa
kaedah mengajar yang boleh digunakan. Oleh itu, selain kaedah inkuiri penemuan,
guru juga boleh menggunakan kaedah
Socrates, iaitu; Kaedah Induktif, Kaedah Penyiasatan, Kaedah Kerja Praktis,
Kaedah Dapatan dan sebagainya dalam pendekatan daripada spesifik kepada umum.
3.1.2 Teknik
Menurut Edward M.Anthony (1963), teknik mengajar merujuk
kepada satu muslihat, atau strategi, atau satu kemahiran yang digunakan oleh
guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Di antara
teknik-teknik mengajar yang biasa digunakan oleh guru ialah; Teknik bercerita,
bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi dan hafalan, penyoalan,
sosiodrama, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah, pemudahcara,
sumbangsaran, permainan dan sebagainya.
Tujuan menggunakan variasi teknik mengajar dalam situasi
pengajaran ialah untuk menarik perhatian pelajar, mengekalkan perhatian serta
membangkitkan minat serta rasa ingin tahu seterusnya bagi mencapai objektif
pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.
Oleh itu, teknik mengajar yang dipilh haruslah
berdasarkan kepada peringkat umur, kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar.
Contohnya, mengikut kajian Piaget, dalam perkembangan kognitif kanak-kanak yang
berumur 6 hingga 11 tahun, teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk
menyampaikan konsep ialah bercerita dan permainan dengan menggunakan pelbagai
bahan konkrit.
Berikut adalah contoh antara teknik yang sesuai dengan
aras kemahiran objektif pelajaran :-
Aras Kemahiran
|
Teknik Mengajar
|
Pengetahuan
|
Latih Tubi
|
Kefahaman
|
Syarahan
|
Aplikasi
|
Tunjukcara (Demonstrasi)
|
Analisis
|
Penyoalan
|
Sintesis
|
Perbincangan
|
Penilaian
|
Sumbangsaran
|
Jadual 3.1: Perhubungan Aras
Kemahiran Objektif Pengajaran dengan Teknik Mengajar
3.2 Kaedah individu dan kumpulan dalam PSV
Kaedah
Individu
•
Menumpukan perhatian kepada
seorang individu atau murid.
•
Berbeza dari segi intelek,
minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain.
•
Kesemua pengajaran individu
diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar kepantasan
murid.
•
Murid-murid
boleh belajar mengikut kemampuan sendiri.
•
Dijalankan dalam dua
matlamat mengikut tujuan dan objektifnya.
•
Pengajaran biasa yang
bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
individu-individu tertentu.
•
Sesuai untuk pengajaran
pemulihan
•
Memperkaya pengalaman
pembelajaran individu.
•
Belajar tanpa bergantung
pada bantu guru tetapi memerlukan bimbingan guru.
Sumber
pembelajaran dirancangkan supaya setiap pelajar mengkaji/memahami objektif
pembelajarannya dan bertindak sendiri untuk mencapai objektif-objektif ini.
•
Hubungan guru dan murid
paling minima.
•
Bahan-bahan belajar sendiri
disusun dengan tujuan supaya murid akan mencapai kemajuannya sendiri mengikut
kebolehan dan keupayaan masing-masing.
•
Kaedah ini menegaskan
fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan pemulihan,
pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta tempat belajar dan cara
mempelajarinya.
•
media seperti bahan-bahan
bercetak, bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip, pita rakaman video, dan
lain-lain boleh digunakan.
•
Aktiviti pengajaran
terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.
Kaedah
Kumpulan
•
Menurut
Gibb (1969) ia didefinisikan, “beberapa orang individu yang mempunyai
tujuan yang sama, saling berhubungan
dan bertukar‐tukar pendapat serta
fikiran dan bergantung di antara satu sama lain atau
berganding bahu dalam apa juga aktiviti untuk mencapai objektif mereka.”
•
L.M.Smith
(1969) pula menyatakan; “unit sosial yang terdiri
daripada beberapa individu yang berinteraksi
di antara satu sama lain, mempunyai nilai nilai
yang sama dan saling bergantung di antara mereka.
•
Berasaskan
kepada perubahan strategi pengajaran yang berorientasikan
guru kepada berpusatkan pelajar.
• Ianya bertujuan supaya pelajar
dapat menguasai kemahiran yang tertentu.
• mengikut kadar
pembelajaran yang sepadan dengan
kebolehan mereka .
3.3 Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek, akses
kendiri dan kembara visual.
Simulasi
•
Murid dapat gambaran atau
contoh pengalaman secara spontan.
•
Melibatkan gambaran-gambaran
murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa
sebarang skrip.
•
Disebut juga sebagai ‘ambil
peranan’ atau ‘sosiodrama’ yang
mementingkan interaksi individu serta kumpulan.
•
Dikelolakan sama ada dalam
satu kumpulan kecil atau besar.
•
Berkesan terutama melibatkan
aktiviti komunikatif.
•
Membolehkan murid
berinteraksi dengan menggunakan bahasa dalam situasi sosial yang disediakan
olok-olok oleh guru dalam bilik darjah.
•
Murid perlu membayangkan
keadaan situasi sosial yang sebenar terlebih dahulu sebelum dapat berinteraksi
dalam situasi-situasi tersebut.
•
Guru merancang aktiviti yang
melibatkan murid berlatih untuk berinteraksi dalam situasi sosial yang berlaku
seharian di luar bilik darjah.
•
Guru boleh memberi
peranan-peranan tertentu kepada beberapa orang murid dan kemudian meminta
mereka melakonkan peranan-peranan tersebut secara spontan.
•
Murid mempunyai kebebasan
untuk memilih sendiri bahasa yang hendak digunakan dalam situasi yang diberi
oleh guru.
•
Murid juga diberi kebebasan
untuk memperkembang watak yang diberi.
•
Dirancang oleh guru dengan
teliti.
•
Menekankan perkara berikut;
- Sebelum
: terangkan terlebih dahulu kepada kelas situasinya.
- Sewaktu
: murid-murid lain diminta memerhati. Pemain-pemain peranan harus tidak
terkeluar daripada peranan mereka. Apabila tiba masa yang sesuai, guru menamatkannya.
- Bincangkan
peranan yang telah dilakonkan oleh murid.
Sumbangsaran
Teknik
ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.
Boleh
didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan
berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada
peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
Menekankan
pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran
secara analitis.
Topik
perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid.
Garis
panduan guru haruslah ringkas dan jelas.
Semua
cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam
sesi umum.
Setiap
kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak.
Setiap
ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan.
Pelajar
digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
Suasana
perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan.
Pastikan
peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.
Digalakkan
menggunakan prinsip 5W + 1H ( What? Why? Who? Where? When? + How? )
Cadangan
dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik.
Setiap
kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan.
Projek
•
Projek adalah satu kaedah
yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau
aktiviti didalam situasi yang sebenar dan
menghasilkan sesuatu.
• Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan
oleh pelajar di dalam atau di luar bilik darjah
dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu.
•
Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan
meluaskan
pengalaman pelajar semasa menjalankan
projek.
• Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan
menanamkan sikap positif dalam
menghasilkan sesuatu projek.
• Ia
juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan
aktiviti.
• Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna
dan membawa manfaat kepada pelajar.
• Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek
hendaklah mudah diperolehi.
• Projek yang sesuai dengan objektif
pelajaran.
• Kelebihan
kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan kepuasan
jika dapat menyelesaikan projek.
Pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan.
Akses
Kendiri
•
Seseorang pelajar belajar apa yang ia kehendaki pada kadar sendiri di
sesuatu tempat
yang disediakan. Tempat ini dikenali sebagai Pusat Akses Kendiri.
•
Ciri-cirinya memerlukan tempat yang selesa, koleksi bahan bacaan dan rujukan,
setiap
unit pelajaran dibahagikan kepada unit yang terkecil dan setiap unit disimpan di dalam
“folder” yang berasingan.
•
Setiap unit disertakan dengan arahan, latihan dan jawapan.
•
Penggunaan Pusat Akses Kendiri terbahagi kepada, Ikut Jadual dan Tanpa
Jadual
•
Setiap pelajar mempunyai kad rekod kemajuan.
•
Peranan guru menentukan aras kecerdasan pelajar, mengenalkan konsep
akses
kendiri, pemudahcara (bila perlu)
dan memantau rekod pencapaian dan membuat
komen.
•
Kaedah yang boleh digunakan ialah seperti terarah kendiri, mesra pengguna,
Maklum balas semerta, masa kendiri, kadar
kendiri dan bersendirian tanpa
pengawasan.
Kembara
Visual
• Kembara
visual ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang
mereka telah belajar dalam situasi sebenar.
• Pelajar
dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang
tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah.
• Tujuan
lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara
langsung.
• Tujuan
lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan
kepada pembelajaran.
• Tujuan
lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan
antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku.
• Kaedah
ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman di luar bilik darjah
dengan pembelajaran kandungan di sekolah.
• Ia
juga menggalakkan pembelajaran eksperimental dan lebih menyeronokkan kerana
perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.
• Kaedah
lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini
akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar.
• Garis
panduan teknik membuat lawatan:
Sebelum
Persediaan - tentukan
tempat, objektif, tempat, jadual
lawatan, agihan tugas AJK, taklimat lawatan.
-Surat/panggilan
telefon/layari internet jika perlu.
Semasa
Perlaksanaan aktiviti –
ikut jadual, kawal semua murid, memberikan makluman
Selepas
Tindakan susulan
- adakan perbincangan tentang nilai
yang terkandung dalam lawatan kesesuatu tempat itu. Ceritakan
pengalaman tentang lawatan dalam kelas / persatuan / perhimpunan sekolah.
Hasilkan laporan dalam pelbagai bentuk seperti buku
skrap, koleksi gambar, lukisan dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan