Susunan Frasa
Adjektif dalam Ayat
Frasa
adjektif ialah frasa yang terdiri
daripada kata adjektif sebagai unsur
intinya. Frasa adjektif merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan
sesuatu ayat. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata
adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu
dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian
bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur
pengisian dalam frasa adjektif.
Contoh :
8.1.1
Frasa Adjektif Sebagai Predikat
Predikat dalam sesuatu
ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Dalam hal ini, frasa adjektif juga
boleh hadir selepas subjek sebagai predikat.
Contoh:
(1) . Rumah
itu sudah usang.
Dalam ayat (1) [rumah
itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.
Dalam binaan
predikat, [sudah + usang] merupakan
predikat yang terbina daripada unsur-unsur
berikut :
[kata bantu + kata
adjektif]
Ayat (1) boleh
disongsangkan menjadi seperti berikut:
(1) (a) Sudah
usang rumah itu. [predikat + subjek]
Frasa predikat
yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan.
Contoh-contoh lain:
(2). Kulitnya putih melepak. (susunan biasa)
(2) (a) Putih
melepak kulitnya (susunan songsang)
[predikat + subjek]
(3). Warna bola itu biru tua. (susunan biasa )
(3) (a) Biru tua warna bola itu. (susunan songsang)
[predikat + subjek]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan