Menggambar
Menggambar adalah satu representasi visual
sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas satu permukaan, mengandungi
komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna serta menggambarkan gambaran mental yang
jelas. Seterusnya, ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih
jelas tentang sesuatu objek. Penggunaan huruf diterangkan dalam bentuk grafik
sementara representasi visual yang
dihasilkan dalam bentuk dua dimensi dan akhirnya gambar sebagai satu artifak
yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.
Kegiatan
Menggambar
Terdapat berbagai-bagai jenis
kegiatan atau teknik menggambar. Antaranya adalah seperti berikut :-
Kegiatan
|
Maksud
|
Jadual 2.1
|
Merujuk
Kamus Oxford, ' The art of representing by line, delineation without colour
or with a single colour ’ yang bermaksud lukisan ialah garisan yang membentuk
imej dengan menggunakan media kering.
Lukisan
juga merupakan pengetahuan awal yang dibuat untuk meluahkan perasaan yang
berbentuk imej dengan menggunakan media kering. Lukisan adalah karya seni
atau hasil seni yang dihasilkan atas sesuatu permukaan.
Lukisan
ialah garisan yang membentuk imej dengan menggunakan titik, garisan dan ton,
pada sesuatu permukaan. Melalui proses ini pelukis dapat menyampaikan mesej
berbentuk visual (gambar) tanpa menggunakan bahasa. Melalui lukisan pelukis
dapat melahirkan perasaan
Lukisan
dihasilkan dengan menggunakan alatan seperti pensel, pensel warna, pen, magic
pen, maker pen, kryon, soft pastel, charcoal, berus dan dakwat serta pen teknikal.
Rumusan – Lukisan merupakan hasil kerja seni yang
dibuat dengan menggunakan media kering
di atas sesuatu permukaan bagi meluahkan perasaan yang berbentuk imej.
|
Jadual 2.2
|
Proses
melukis dengan menggunakan bahan pewarna yang disapu ke atas sesuatu
permukaan. Alat dan media yang digunakan seperti cat atau pewarna (cat air,
cat minyak, fresko, arkrilik, tempera,poster, cat emulsion, pelaka), kertas,
kanvas, air, minyak linsid , turpentin, plat pembancuh warna dan sebagainya.
Catan juga
sebagai latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan
seperti kertas,kanvas, papan batu, simen, dinding, dan lain-lain yang sesuai juga
satu hasil kerja estetik dicipta dengan
mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D.
Melalui
catan, pelukis dapat meluahkan perasaan,membuat komen sosial, merakam
peristiwa dan cerita. Catan dapat merakamkan gambar visual sebenar.
|
Jadual 2.3
|
Cara menghasilkan karya dengan menggunakan teknik tampalan
dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas,bahan buatan manusia yang
bersesuaian dan bahan alam semulajadi ke atas permukaan seperti kertas
,plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih.
Satu
komposisi artistik daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang
yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Teknik tampal menampal dalam menghasilkan
karya seni dan membuat gambar serta
membuat rekaan.
|
Jadual 2.4
|
Menampal
dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menyampaikan mesej
pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar dan sebagainya.
Montaj juga
bermaksud satu hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang sedia ada yang disusun supaya
bercantum , bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. Kini
montaj diaplikasikan dalam
sesuatu rancangan terutamanya di bahagian pengenalan sebelum sesuatu program
dijalankan. Dihasilkan mengunakan slaid-slaid dalam Microsoft Powerpoint.
|
Jadual 2.5
|
Secara umum hasil seni yang sama/gambar
serupa dapat dihasilkan lebih dari satu. Menghasil karya dengan mencetak,
menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Cetakan
merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan
plat atau blok, di mana permukaan blok diukir atau diguris. Ia merupakan satu
proses menekan, blok, huruf atau gambar di atas kertas, kain atau bahan-bahan
lain.
Cetakan
juga satu proses terapan blok,plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan. Hasil
seni melalui cetakan dapat dihasilkan mengikut beberapa edisi yang
dikehendaki.
|
Jadual 2.6
|
Gosokan
bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke
permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak
dipindahkan. Gosokan juga dianggap
satu eksplorasi permukaan supaya dapat mengmbangkan pemahamanan dalam
penggunaan jalinan dan ton.
Rumusan –
Gosokan adalah satu proses hasil kerja seni untuk merekodkan corak permukaan
yang berjalinan dengan menggunakan proses menggosok. Hasil cetakan dibuat
dengan menggosokkan kertas menggunakan dakwat, pensel, kapur, arang ke atas
satu permukaan yang mempunyai jalinan.
|
7. Resis
Jadual 2.7
|
Suatu kaedah
melukis cat air dengan sapuan warna ke permukaan yang telah disapukan dengan lilin
di bahagian-bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Teknik ini
menyebabkan kertas yang diliputi lilin bertindak sebagai alat untuk membuat
garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan di permukaannya.
Teknik ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi
lilin tidak akan menyerap warna dan hasilnya terbentuk gubahan dalam keadaan
warna asal.
|
8. Percikan
Jadual 2.8
|
Hasil percikan adalah titisan warna yang direnjis di
atas kertas untuk menghasilkan satu gubahan terkawal, bahagian yang ditutup
dan permukaannya tiada terlekat dengan warna. Mengikut buku Glosari Seni Lukis percikan membawa maksud
corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.
|
9. Mozek
Jadual 2.9
|
Mozek
adalah susunan kepingan kertas yang dipotong mengikut saiz yang sama dan
disusun bersebelahan seperti bentuk mozek. Satu reka bentuk atau gambar yang
dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Karya yang
dihasilkan secara menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas,
plastik,kepingan jubin dan lain-lain
ke atas sesuatu permukaan secara
tersusun,bersebelahan dan tidak bertindih.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan