Penyusunan
Semula Frasa Nama sebagai Subjek
Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek boleh
berlaku melalui proses transformasi pasif.
Telitikan contoh-contoh yang berikut:
(50a) Khairul
menulis surat itu.
(50b) Surat itu
ditulis oleh Khairul.
Ayat (50a) di atas ialah ayat aktif, yang mana frasa nama
terdiri daripada Khairul dan objek terdiri daripada surat itu. Ayat (50a) apabila dipasifkan akan menjadi
seperti ayat (50b), yang mana subjek yang terdiri daripada frasa nama Khairul berpindah kedudukan kepada
selepas kata kerja manakala objek surat
itu pula dikedepankan menjadi subjek ayat.
Perhatikan bahawa imbuhan kata kerja juga berubah daripada meN- kepada di- dan kata sendi nama oleh mendahului
frasa nama Khairul.
Proses transformasi penyusunan semula ini dapat dijelaskan dalam rajah
pohon yang berikut:
(a) A
S P
FN FK
KK FN
Khairul meN- tulis surat itu
(b) A
S P
FN FK
KK FS
surat itu di- tulis SN FN
oleh Khairul
Contoh-contoh lain:
(51) Penduduk
kampung mengejar perompak itu.
Perompak itu
dikejar oleh orang kampung.
(52) Hafiz
membonceng motosikal itu.
Motosikal
itu dibonceng oleh Hafiz.
(53) Misya
mengelap tingkap itu.
Tingkap itu
dilap oleh Misya.
Selain ragam ayat pasif dengan kata
ganti nama diri ketiga, terdapat juga ragam ayat pasif dengan kata ganti nama
diri kedua seperti dalam contoh-contoh ayat di bawah:
(54) Hadiah
itu saya balut sekemas mungkin.
(55) Sajak
itu kami hafal berkali-kali.
(56) Kesemua
resit itu kamu simpan.
Ayat (54) hingga (56) merupakan
terbitan daripada ayat-ayat aktif yang berikut:
(54a) Saya
membalut hadiah itu sekemas mungkin.
(55a) Kami menghafal
sajak itu berkali-kali.
(56a) Kami
menyimpan kesemua resit itu.
Dalam
ayat (54a) hingga (56a), frasa nama yang menjadi subjek asal terdiri daripada
kata ganti nama diri pertama dan kedua.
Perhatikan contoh transformasi pasif bagi ayat (54a):
(a) A
S P
FN
FK
KK FN Fket
saya meN- balut
hadiah itu sekemas mungkin
(a) A
S P
FN
FK
FK Fket
hadiah itu saya balut sekemas mungkin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan