Pembelajaran
Masteri
Pembelajaran
Masteri berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari.
Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan
dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap
penguasaan pembelajaran. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan
pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan
murid.
Model
Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, diikuti
dengan Pengajaran dan Pembelajaran.
Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan semua
murid berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar
kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang telah
menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum
menguasai akan diteruskan dengan usaha pemulihan.
Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri
a) Hasil pembelajaran perlu ditentukan, dan
disusun mengikut hirarki atau unit
pembelajaran.
b) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan
mengembirakan.
c) Keupayaan dan pencapaian dinilai semasa
aktiviti pembelajaran.
d) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dan berkaitan.
e) semua murid perlu menguasai 80% aras masteri
yang ditetapkan setiap unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran yang baru.
f) Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid
yang belum menguasai aras masteri.
g) Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid
yang telah mencapai aras masteri.
Model Pembelajaran Masteri
Dalam
Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan. Langkah
tersebut digambarkan melalui model berikut;
Unit
Pembelajaran 1
Rajah 2.12: Model Pembelajaran Masteri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan