Khamis, 27 Jun 2013

Binaan Frasa Kerja

Binaan Frasa Kerja
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau, ini atau masa hadapan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek.

1.                            Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas.
2.                            Dia telah  menulis puisi sejak di bangku sekolah.
3.                            Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang.
                                    Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan                                            belum)
                        4.         Wan Malini akan memetik bunga di taman.
                        5.         Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota.
Menurut Abdullah Hassan pula Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai intinya. Frasa kerja terbina daripada lima unsur, iaitu
            (i)         kata bantu
            (ii)        kata kerja transitif atau tak transitif sebagai inti
            (iii)       objek
            (iv)       pelengkap
            (v)        keterangan atau kata adverba



Kata bantu

Kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif sebagai inti.



Objek atau pelengkap

Keterangan atau adverba


Menurut  Nik Safiah Karim Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh diserai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan ayat keterangan. beberapa contoh ayat yang mengandungi predikat frasa kerja seperti yang berikut:

1.                            Ali tidur.
2.                            Mereka sedang membaca buku.
3.                            Adik Fatimah bermain di padang.
4.                            Pemandu itu membelok ke kanan.

5.                            Peristiwa itu disaksikan oleh dua ratus orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan