Pembelajaran
Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah
pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu,
masyarakat, dan alam pekerjaan.
Pembelajaran ini disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara
konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya
menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan
pembelajaran dengan kehidupan mereka.
Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam
konteks dengan membuat hubungkait yang bermakna dan relevan dengan
persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian
aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja
atau kehidupan. Teori ini menggalakkan pendidikan memilik atau mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam
konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil
pembelajaran yang dihasratkan.
Ciri-Ciri Pembelajaran Kontekstual
• Murid dapat memproses maklumat atau
pengetahuan baru dengan cara yang bermakna
dalam rangka minda.
• Maklumat disampaikan dalam konteks yang
pelbagai dan bermakna kepada murid.
• Guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran
pembelajaran untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan.
|
Rajah 2.6: Hubungan Pembelajaran-Persekitaran Sekolah
Perkara yang Boleh Dicapai Melalui Pembelajaran Kontekstual
Melalui pembelajaran kontekstual ini,
murid boleh:
i Membina
keyakinan diri
ii Memahami
perhubungan antara teori dengan amalan
iii Membina
pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan masalah
iv Memperoleh sokongan dan dorongan
daripada ibu bapa kerana mereka terlibat secara langsung dalam pembelajaran
anak-anak mereka
v Membina asas yang kukuh untuk
melahirkan tenaga mahir sebagai modal insan generasi masa depan.
Proses
Pembelajaran Kontekstual
Dalam
pembelajaran kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui empat
proses iaitu proses motivasi, pemahaman, aplikasi, dan refleksi. Kemahiran melakukan latih amal (praktikal)
dan berfikir merupakan asas pembelajaran
kontekstual. Kesimpulannya aktiviti ini
menjadi asas untuk murid sentiasa ingin tahu ketika berlakunya pengajaran dan
pembelajaran.
Kaedah Pembelajaran Kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual adalah
seperti yang berikut:
Rajah
2.7: Kaedah
Pembelajaran Kontekstual
Faedah Pembelajaran Kontekstual
Murid
Guru
Industri
Rajah 2.8: Hubungan Faedah Pembelajaran Kontekstual
Contoh Aktiviti: Hiasan Dalaman dan
Landskap
Melalui aktiviti mereka bentuk hiasan dalaman dan
landskap, faedah-faedah yang diperolehi:
i) Murid
- Mengaitkan
pembelajaran hiasan dalaman/landskap dengan pekerjaan atau kehidupan
harian.
- Mengaitkan
kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian, contoh
keselesaan/keindahan
landskap.
- Memindahkan
kemahiran (menghasilkan lukisan pelan atau perspektif)
- Meneroka
dan mendapatkan bukti.
- Menguasai
perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.
- Belajar
secara bekerjasama melalui aktiviti berkumpulan.
ii) Guru
- Menjadikan
pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya melalui hasilan projek
- Dapat
mengaitkan prinsip pembelajaran dengan dunia pekerjaan.
- Menjadi
penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.
iii)
Industri
- Menerima
tenaga kerja yang berpotensi apabila murid telah diberi pendedahan awal.
- Menggerakkan
industri ke dalam pendidikan melalui projek hiasan dalaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan