Frasa
Frasa ialah unit yang
boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua
perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua
perkataan atau lebih. (Nik Safiah karim, et.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk daripada satu
perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al, (2006). Frasa ialah unsur terkecil
dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur
binaan ayat, frasa didapati
merupakan unsur yang terletak di bawah klausa.
Contoh ayat :
sehelai baju kurung di dalam almari. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya
untuk melihat rumus struktur frasa.
Frasa
|
baju
sehelai baju
baju kurung
sehelai baju kurung
|
Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat
(FN+FS) :Sehelai baju kurung di dalam almari. Bentuk frasa satu
perkataan ialah baju. Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju,
baju kurung, sehelai baju kurung,
dan sebagainya.
Jadi, frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui
pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain
hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan