TEORI ETIKA
Teori etika adalah "a systematic exposition of a
particular view about what is the nature and basis of good or right"
(MacKinnon, 1995, m.s. 8). Teori etika memberikan sebab-sebab atau norma untuk
menimbangkan sama ada satu tindakan betui atau salah dan cuba memberi
justifikasi atas norma itu. la memberikan asas kepada prinsip moral atau garis
panduan yang meliputi beberapa nilai yang tertentu. Prinsip ini pula boleh
digunakan untuk menentukan apakah tindakan harus dipilih dan lakukan dalam
sesuatu situasi yang tertentu.
Oleh itu, tugas etika adalah
menyediakan garis panduan kepada tindakan yang tekal dengan anggapan umum
tentang maksud etika atau moral.
Teori etika terdiri daripada dua pandangan
utama, iaitu Teori Teologikal (Consequentialist Theory) dan Teori Deontologikal
(Non-consequentialist Theory). Pada prinsipnya, kedua-dua teori ini
bertentangan antara satu sama lain dalam menentukan nilai-nilai sesuatu
perlakuan moral. Tumpuan Teori Teologikal ialah hasil atau akibat sesuatu
tindakan manakala tumpuan Teori Deontologikal ialah tindakan atau jenis
tindakan itu. Seseorang ahli teologis akan menentukan sama ada bercakap bohong
adalah betul atau salah melalui akibatnya, tetapi seseorang ahli deontologis
akan melihat nilai betul salah sesuatu tindakan secara intrinsik, iaitu sama
ada berbohong itu merupakan tindakan baik atau buruk tanpa menilai kesannya.
3.2.1 TEORI TEOLOGIKAL
Perkataan teologikal berasal daripada
perkataan Yunani “telos” yang bermaksud “tujuan” atau “matlamat”. Teori
teologikal menganggap tindakan atau perbuatan yang membawa kebaikan adalah bermoral
manakala yang mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral. Berdasarkan teori ini nilai ‘betul’ atau ‘salah’ bergantung kepada kesan
sesuatu perbuatan. Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu
dilakukan sekiranya ia membawa lebih banyak
atau bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Teori
teleologikal amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan. Bagaimanapun,
ahli-ahli teologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang dikatakan
baik dan jahat serta kebaikan siapa yang hendak dimajukan. Ini menyebabkan wujudnya beberapa jenis
teori teologi yang berbeza seperti utilitarianisme dan egoisme.
3.2.1.1 Utilitarianisme
Diasaskan oleh Jeremy Bentham
(1748–1832) dan John Stuart Mill (1806–1873), utilitarianisme berasal daripada
perkataan “utility” yang bermaksud “berguna” atau “kegunaan”. Teori
moral ini berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasaskan tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan
kepada majoriti.
Etika utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa
seseorang itu sepatutnya melakukan tindakan yang akan menghasilkan kebaikan
yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak
kepada sejumlah insan yang paling ramai. Disini,
kebahagiaan yang dimaksudkan ialah keseronokan, iaitu sesuatu yang bukan
bersifat moral.
Contoh: Tindakan Amerika menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah dianggap wajar kerana ia menghasilkan
kebahagiaan dan kebaikan melebihi kesengsaraan dan penderitaan yang dialami
oleh masyarakat dunia.
Pandangan
Utilitarianisme terbahagi kepada dua iaitu ;
a) Utilitarianisme Tindakan : setiap orang patut melakukan tindakan yang
akan membawa kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan
itu. Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan orang
adalah berlainan.
b) Utilitarianisme Peraturan: setiap orang patut membentuk dan mengikut
suatu peraturan atau peraturan-peraturan yang akan membawa kebaikan maksima
bagi semua orang terlibat. Pendukung teori ini percaya terdapat niat, tindakan
dan situasi manusia yang serupa untuk mewajarkan pembentukan peraturan yang
akan diaplikasikan kepada semua orang dalam apa jua situasi. Contohnya, Tindakan membunuh akan membawa lebih
banyak keburukan daripada kebaikan bagi pihak majoriti dan dalam kebanyakan
situasi, maka pembunuhan tidak harus dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu
seperti mempertahankan diri.
Kelemahan
Teori Utilitarianisme
1.
Membenarkan seseorang melakukan kejahatan untuk mencapai
keseronokan.
2. Keseronokan dan kebahagiaan tidak boleh
disamaertikan kerana dua sifat ini ada dalam keadaan tertentu bertentangan
antara keduanya.
3.
Menghadkan keseronokan dan kebahagian
sahaja tidak memadai untuk mencapai matlamat hidup. Terdapat nilai lain yg
lebih baik seperti kebebasan, kesihatan, ilmu pengetahuan dan lain-lain.
4.
Ada keseronokan yang berbentuk jahat
seperti seronok mencuri, membunuh dan menyeksa orang lain atau membakar harta
benda orang.
5.
Masochists: terdapat kepuasan yang
dicapai melalui kesakitan orang.
6.
Nietzsche: bagi mencapai kebahagiaan
manusia perlu berhadapan dengan rintangan yang menyakitkan dan terpaksa
menempuh halangan.
7.
Terlalu sukar untuk menyukat kuantiti
keseronokan dan kesakitan seseorang kerana berbeza citarasa dan pengalaman
orang.
3.2.1.2 Egoisme
Teori egoisme
adalah satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu
adalah “betul” jika
ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu itu
“buruk” jika ia membawa keburukan kepada diri
sendiri. Teori egoisme
adalah satu teori yang bertujuan untuk realisasi kendiri (self-realization).
Ia terbahagi kepada egoisme psikologi dan egoisme etika.
Egoisme Psikologikal
Mengikut teori ini,
Mengikut teori ini,
- manusia sentiasa
bertindak demi kepentingan diri kerana dibentuk secara mental untuk
berbuat demikian; dan
- terdapat orang
yang kerap, tetapi tidak selalu, bertindak demi kepentingan.
Egoisme Etika
Egoisme Etika adalah bersifat normatif. Ia terbahagi kepada 3 bentuk iaitu:
Egoisme Etika adalah bersifat normatif. Ia terbahagi kepada 3 bentuk iaitu:
- Egoisme etika individu
Setiap orang patut bertindak untuk kepentingan saya. - Egoisme etika personal
Menentukan apa yang harus dilakukan oleh orang lain. saya patut bertindak untuk kepentingan diri sendiri tetapi saya tidak berhak. - Egoisme
universal
Setiap orang patut
bertindak demi kepentingan diri kecuali kepentingan orang lain juga memenuhi kepentingannya.
Contoh : Mengikut teori ini, serangan
Amerika ke atas Iraq pada tahun 2003 adalah untuk mendapatkan hak saluran paip
minyak. Tindakan ini adalah semata-mata untuk kepentingan dan keuntungan
Amerika sahaja.
3.2.2
TEORI DEONTOLOGIKAL
Deontologi
berasal dari perkataan Yunani “deon” yang bermaksud “yang diharuskan atau
diwajibkan”. Teori ini menegaskan bahawa sesuatu perlakuan
sama ada baik atau buruk, benar atau salah adalah berdasarkan prinsip moral dan
kewajipan moral yang bernilai intrinsik,
tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Teori
ini mempunyai dua aspek iaitu tindakan dan peraturan. Ia menyatakan ada
pertimbangan lain yang boleh menentukan sesuatu tindakan atau peraturan menjadi
baik, betul atau wajib secara moral walaupun ia tidak menghasilkan banyak
kebaikan daripada keburukan bagi individu, masyarakat atau dunia.
1.
Teori Deontologi Tindakan menegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan
moral bersifat spesifik, menitikberatkan apa yang telah berlaku atau bertindak
dalam situasi tertentu. Contoh:’Dalam keadaan genting ini aku terpaksa
memetik picu senapang ke arah perompak itu’
Tindakan ini dilakukan untuk menyesuaikan keadaan tanpa merujuk
apa-apa peraturan.
2.
Teori Deontologi Peraturan pula mengatakan bahawa kepiawaian tentang
betul atau salah sesuatu tindakan terdiri daripada satu atau lebih peraturan.
Peraturan itu adalah asas dan tidak berpunca daripada situasi tertentu.
Perbezaan
antara kedua-dua teori ini ialah teori deontologi peraturan menjelaskan bahawa
pertimbangan moral adalah ditentukan dengan merujuk kepada perkara-perkara umum
seperti peraturan masyarakat atau prinsip-prinsip tertentu manakala teori
deontologi tindakan pula menyatakan bahawa tidak perlu untuk membuat rujukan kepada
prinsip-prinsip atau peraturan tetapi menegaskan bahawa tindakan adalah satu
persepsi yang terus terang sama ada sesuatu tindakan itu betul atau salah.
Deontologi
selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli falsafah German (1724-1804)
yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. Kant
percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan
akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah
kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan
kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita
untuk membuat kebaikan atau keburukan. Teori Deontologi
boleh dibahagikan kepada dua prinsip utama, iaitu Prinsip Kewajipan dan Prinsip
Eksistensialisme.
3.2.2.1 Prinsip Kewajipan
Satu prinsip
kemoralan dalam teori deontologikal peraturan yang dikemukakan oleh Immanuel
Kant (1724-1804) ialah prinsip kewajipan (principle of duty) yang
menegaskan “duty for the sake of duty” dan membawa maksud tanggungjawab
dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab.
Tanggungjawab dianggap sebagai satu nilai utama menentukan sama ada tindakan
itu bermoral atau tidak. Bukan semua tanggungjawab adalah tanggungjawab
kemoralan.( Contohnya: tanggungjawab ketepatan masa, sebagai ibu, suami, pemain
dalam pertandingan, walaupun kadang kala
ia dianggap tanggungjawab etika).
Konsep
tekad baik (goodwill) adalah sesuatu yang baik tanpa syarat
dalam melakukan susuatu tindakan. Menurut Kant, kita perlu mengambil kira niat,
tujuan seseorang dalam menentukan sama ada suatu tindakan itu adalah baik atau
betul. Prinsip Perintah Mutlak bermaksud satu perintah yang wujud tanpa
sebarang pengecualiaan atau syarat-syarat. Ia mengandungi tiga prinsip utama
iaitu prinsip tersebut mesti diterima secara umum, dapat menghormati manusia
dan pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia
berada dalam kedudukan teraniaya.
Kewajipan Prima Facie
Sir William David Ross (1877–1940) bersetuju dengan Kant bahawa kemoralan pada asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju dengan kemutlakan teori-teori Kant. Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius memerlukan kita buat yang berlainan.
Prima
facie = (“at first glance” atau “on the surface of things”)
Seperti
Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia kerana
ini adalah obligasi manusia melakukannya.
Ross menyusun sebuah daftar kewajipan yang semuanya merupakan kewajipan prima
facie:
- Kewajipan kesetiaan: kita harus
menepati janji yang diadakan dengan bebas
- Kewajipa ganti rugi: kita harus
melunasi hutang moral dan material
- Kewajipan terima kasih: Kita harus
berterima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita.
- Kewajipan keadilan: kita harus
membahagikan hal-hal yang menyenangkan sesuai dengan khidmat orang
berkaitan.
- Kewajipan berbuat baik: kita harus
membantu orang lain yang memerlukan bantuan kita.
- Kewajipan mengembangkan dirinya:
Kita harus mengembangkan dan meningkatkan bakat kita di bidang keutamaan,
inteligensi, dan sebagainya.
- Kewajipan untuk tidak merugikan
orang lain (satu-satunya kewajipan yang dirumuskan Ross dalam bentuk
negatif)
3.2.2.2
Eksistensialisme
Prinsip
Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan
individu secara bebas. Menurut Sartre (1905-1980) seorang ahli falsafah Perancis
berpendapat bahawa peraturan dan prinsip kemoralan adalah terlalu abstrak,
subjektif dan berubah-ubah. Beliau juga menyatakan bahawa tidak ada satu
set peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan tindakan
bermoral. Tindakan baik atau buruk adalah berasaskan kepada pilihan individu secara bebas. Individu
akan bebas bertindak dan dialah yang bertanggungjawab terhadap tindakannya
sendiri. Sebagai contoh, setiap individu bertanggungjawab dalam merealisasikan
hasrat kerajaan untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan kemajuan
negara. Oleh itu sebarang tindakan individu yang menggugat keharmonian negara
adalah pilihan inividu itu sendiri secara bebas dan mereka perlu
bertanggungjawab atas tindakan mereka. Ini adalah kerana manusia perlu
bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri.
3.2.3 TEORI
KEMORALAN SOSIAL
Kemoralan
Sosial (atau kecenderungan untuk mengaitkan peraturan masyarakat dengan konsep
etika) berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada
tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat. Ia juga menitikberatkan
tanggungjawab setiap individu bagi mematuhi perintah daripada sesebuah
autoriti. Teori Kemoralan Sosial mengutamakan kepentingan dan faedah
masyarakat, bukan kepentingan diri seseorang individu. Peraturan masyarakat
biasanya menyerupai tradisi, norma,
kebiasaan atau adat, kod etika, nilai dan pantang larang. Kesemua ini adalah
bagi menjaga kerukunan sosial. Contohnya, setiap kaum di negara ini mempunyai
adat resam dan pantang larang bagi menjamin keutuhan dan keharmonian sesebuah
masyarakat.
Ciri-ciri
kemoralan Sosial
1. Peraturan moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan
dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib dipatuhi.
2. Peraturan ini lebih mementingkan masyarakat secara
umum, bukan individu sebagai matlamat etika.
3. Peraturan ini juga tidak membenarkan
seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh
masyarakatnya.
Kelemahan
kemoralan sosial ialah :
a)
Ia bersifat relatif, dimana semua masyarakat atau komuniti mempunyai peraturan
moral masing-masing. Peraturan moral satu masyarakat boleh bertentangan dengan
yang lain. Ini boleh mengakibatkan berlakunya pepecahan dan membawa kepada
ketegangan dan konflik sekiranya setiap masyarakat terlalu agresif
mempertahankan peraturan moral masing-masing.
b)
Kemoralan sosial juga mungkin menjadi terlalu ketat dan tidak fleksibel,
contohnya kesukaran menyesuaikan peraturan masyarakat dengan situasi baru dan
semasa. Peraturan yang konservatif dan mutlak tidak dapat membantu dan
membimbing seseorang menghadapi semua dilema moral baru kerana masa dan keadaan
sentiasa berubah.
c)
Menyekat
kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yg dibuat oleh
masyarakat.
d) Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri
dengan sistem moral.
e) Mementingkan kepatuhan individu kepada
autoriti walaupun bertentangan dengan kehendak hati mereka
f) Perubahan zaman yg lebih mementingkan budaya
lain dan adat resam ditinggalkan
g) Tidak semua peraturan yang dibuat oleh
masyarakat adalah baik. Terdapat peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat
negatif dan membawa keburukan. Contoh: diskriminasi kaum dan lain-lain.
3.2.4
TEORI KEPERIBADIAN MULIA (VIRTUE)
Teori ini diperkenalkan oleh Aristotle bahawa “kecenderungan untuk mencapai sesuatu
tujuan akan menjadikan seseorang itu
manusia yang sempurna”. Keperibadian mulia ialah teori yang menekankan
sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik. Seseorang individu perlu
mengetahui kualiti dan taraf hidup yang ia inginkan. Matlamat ini akan menjadi
piawai untuk individu itu menentukan keadaan dirinya. Seterusnya, keperibadian
mulia dianggap tidak dihasilkan di dalam diri seseorang oleh alam semulajadi,
yakni tidak dikudratkan atau dilahirkan dengan sifat baik atau jahat.
Sebaliknya, cara untuk memperolehi atau memiliki keperibadian mulia adalah
menerusi latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang
menyenangkan dan menyeronokkan.
Konsep
keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan salah
seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai
kualiti terbaik atau istimewa (excellence). Terdapat dua jenis keperibadian
mulia:
- Keperibadian
mulia intelektual; dan
- Keperibadian
mulia moral.
Keperibadian
mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan
memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa sifat
intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru. Sementara itu,
keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula
jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat.
Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik.
Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi
latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan
serta menyeronokkan.
Ciri-ciri Keperibadian
Mulia
Seseorang dianggap
berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:
- Menyedari moral
adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan;
- Mempunyai
keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai;
- Sentiasa
berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan keburukan;
- Berpegang kepada
prinsip;
- Tidak
mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan; dan
- Sedia menerima
dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan.
Penjelasan
Aristotle menerima banyak kritikan kerana beliau berpendapat bahawa
keperibadian mulia itu bukan sesuatu yang semula jadi ditentang oleh golongan
yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa sesetengah insan, seperti para
nabi dan rasul, memiliki keperibadian mulia secara semula jadi kerana pemberian
dan keredaan Tuhan. Pemerolehan keperibadian mulia juga boleh diperoleh
menerusi pemerhatian dan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai
sifat-sifat mulia kerana manusia dikatakan suka meniru atau mengikut teladan.
Satu
lagi ciri kepribadian mulia yang dinyatakan oleh Aristotle ialah setiap
keperibadian itu merupakan suatu ‘jalan tengah’ iaitu tidak berlebihan dan
tidak terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan atau terlalu kurang itu adalah tindakan
yang salah, jahat, buruk dan boleh dicela. Jadual di bawah menerangkan tentang
konsep ‘Jalan Tengah’.
Jadual konsep ‘jalan tengah’ atau virtues Aristotle
Bidang lakuan atau perasaan
|
Berlebihan
|
Jalan Tengah
|
Terlalu kurang
|
kegentaran atau
ketakutan dan keyakinan
|
Kegopohan
|
Keberanian
|
Perasaan atau
perlakuan pengcut atau penakut
|
Perasaan malu
|
Terlalu
malu
|
Sopan
|
Muka tebal
|
Perasaan marah
|
Panas
hati
|
Sabar
|
Kurang semangat
|
Ucapan diri
|
Cakap
besar / sombong
|
Ketulusan
/ Kebenaran
|
Kata-kata rendah
diri
|
Perbuatan kasar
|
Kelakar
|
Bijak
|
Canggung
|
Kelakuan sosial
|
Hampakan
diri
|
Ramah
tamah
|
Suka gaduh
|
Kritikan
terhadap Teori Keperibadian Mulia.
- Terdapat manusia
seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi.
- Keperibadian
mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan.
- Teori jalan
tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Ini kerana
perbuatan”sederhana” berbeza antara individu dengan individu yg lain.
- Emosi manusia
tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan.
hai..boleh terangkan apa advantages kant teori ni berdasarkan autonomi? Dan contoh dia skali.xfhm sgt
BalasPadamhai..boleh terangkan apa advantages kant teori ni berdasarkan autonomi? Dan contoh dia skali.xfhm sgt
BalasPadam