Selasa, 25 Jun 2013

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah.  Ia dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif kebolehan kita mencerna dan menghasilkan idea asli yang bersifat generatif. Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

Strategi berfikir merupakan proses yang lebih tinggi peringkatnya. Ia melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah pula melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam proses mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, kedua-dua KBKK secara kritis dan kreatif digunakan. 

Proses berfikir memerlukan aspek yang berikut:

a)  Pengetahuan- apa yang anda tahu tentang sesuatu objek itu
b)  Kemahiran- menyoal diri sendiri tentang sesuatu objek itu
c)  sikap/Nilai- keinginan untuk mengetahui tentang sesuatu objek itu.
Cycle Diagram
  Rajah 2.10: Proses Berfikir


Strategi penerapan pula perlu menggabungkan tiga pendekatan pengajaran dan pembelajaran KBKK iaitu;

a)  Mengajar cara berfikir
b)  Mengajar untuk berfikir
c)  Mengajar tentang berfikir



Rajah 2.11: Kemahiran Berfikir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan