Khamis, 27 Jun 2013

Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan

Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan
Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud  predikat frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Namun, unsur keterangan ini boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa.
Contoh:

(i)  Keterangan bagi frasa kerja
Contoh:
  (7)  Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. (keterangan bandingan)
  (8)  Dahlan memasak pada waktu petang. (keterangan masa)
  (9)  Marini  berehat di tepi pantai.(keterangan tempat)
(10)  Ayah berbincang tentang hal pertunangan.(keterangan hal)
(11)  Sultan Mansur Syah hadir  dengan permaisurinya.(keterangan penyertaan)
(12)  Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri.(keterangan tujuan)
(13)  Hang Tuah menikam lanun dengan keris.(keterangan cara)

(ii) Keterangan bagi frasa adjektif
Contoh :
(14)     John   segak  seperti  model. (keterangan bandingan)
(15)     Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. (keterangan hal)
(16)     Dia rabun pada waktu malam.  (keterangan masa)
(17)     Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan. (keterangan tujuan)

(iii) Keterangan bagi frasa nama
Contoh:
(18)     Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi. (keterangan tempat)
(19)     Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal)
(20)     Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.(keterangan tujuan)
(21)     Keris itu  diperbuat daripada besi. (keterangan sumber) 

(22)     Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya. (keterangan pembuat)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan