Khamis, 27 Jun 2013

Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif

Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif
Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah, belum, masih, harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat.

Contoh: 
(1)        Anaknya sudah besar.
(2)       Sayur-sayuran  dikebun itu  masih belum subur.
(3)        Pekerja yang berkualiti  harus  cekap.

Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat, misalnya: masih amat jauh, belum terlalu lewat, belum sangat cekap, sungguh masih muda, sungguh telah pandai

Contoh:
(4)        Kedudukan kereta  itu   masih amat jauh.
(5)        Kehadiran pekerja itu belum terlalu lewat.
(6)        Pembantu rumah baru itu   belum sangat   cekap.
(7)         Anak bongsunya itu   sungguh masih   muda.
(8)        Pelajar kelas  pemulihan itu sungguh telah   pandai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan