2.1 Ragam Ayat
Konsep
ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. Dengan perkataan
lain, ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-pola
yang tertentu.
Seterusnya, kita akan bincangkan
tentang ragam ayat yang menjadi salah satu unsur dalam ayat. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat terdiri
daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat
aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan
sebagai judul.
Hubungan antara ayat aktif dengan
ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek
ayat berkaitan.
Contoh:
(4)
Amar menendang bola itu. (ayat
aktif)
(5) Bola itu ditendang oleh Amar. (ayat pasif)
(6)
Saya menendang bola itu. (ayat aktif)
(7) Bola itu saya
tendang. (ayat pasif)
(8) Saya tendang
bola itu. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat)
2.2 Ayat Aktif
Ayat
aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai unsur yang diterangkan. Ayat
aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat
aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti
oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat
aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif
iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.
Contoh :
a) Ayat
Aktif Transitif
Subjek
|
Predikat
|
|
Kata Kerja Transitif
|
Objek
|
|
(9) Pekerja
(10) Budin
(11) Air mata
|
membaiki
membeli
membasahi
|
jalan itu.
buah durian.
pipinya.
|
b) Ayat
Aktif Tak Transitif
Subjek
|
Predikat
|
|
Kata Kerja Tak Transitif
|
Objek
|
|
(12) Kanak-kanak
(13) Ombak
(14) Diana
|
sedang mandi
memutih
menangis
|
di kolam itu.
di pantai Damai.
sepanjang malam.
|
2.3 Ayat Pasif
Ayat
pasif ialah ayat yang asalnya daripada
ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan
objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu
digolongkan kepada tiga jenis iaitu:
a) Ayat
pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
b) Ayat
pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
c) Ayat
pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
Subjek
|
Kata Kerja Pasif
|
Oleh + Frasa Nama
|
Keterangan
|
(15) Kereta itu
(16)
Semak samun
|
sudah dibeli
dibersihkan
|
oleh Amin
oleh pekerja
|
minggu lepas
setiap bulan.
|
ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri
pertama dan kedua
Subjek
|
Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama
atau kedua
|
Keterangan
|
(17) Kereta itu
(18) Kuih itu
|
sudah saya bersihkan
belum awak makan
|
pagi tadi.
lagi.
|
iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang
hadir sebelum kata kerja
Subjek
|
Kena
|
Kata Kerja Dasar
|
Oleh+Frasa Nama
|
(19) Rusa itu
(20) Budak itu
|
kena
kena
|
tembak
kejar
|
oleh pemburu.
oleh anjing.
|
2.4 Jenis Ayat
Ayat
dapat dibahagikan kepada empat jenis:
i) Ayat penyata
ii) Ayat tanya
iii) Ayat perintah
iv) Ayat seruan
a) Ayat
Penyata
Ayat yang
diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan
menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat penyata juga
dikenali sebagai ayat keterangan.
Contoh:
(21) Saya
sudah memiliki kereta baru.
(22) Dunia
ini penuh dengan dugaan.
(23) Dia
pandai mengawal emosinya.
b) Ayat Tanya
Ayat
tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan
nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud dengan
kata tanya atau tanpa kata tanya.
c) Ayat
Perintah
Ayat perintah
ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang
kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya.
d) Ayat
Seruan
Ayat seruan
ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan
tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah, takut, gembira, sedih
dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan
sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna
dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan
dan lain-lain.
siapa nama penulis blog ni
BalasPadam