Mengenal
Konsep:
2.1.1 Kajian Masa Depan
Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan pengajaran
untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang
berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan,
menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat
yang maksimum.
Pengajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara
saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi
pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.
KMD dapat dianalogikan seperti kita yang sedang memandu kereta. Sepanjang pemanduan itu, kita sering
dikejutkan dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Sebagai contoh, ketika sedang memandu,
tiba-tiba seorang kanak-kanak melintas di hadapan kereta kita. Oleh itu, sepanjang pemanduan, kita haruslah
peka dan sentiasa berwaspada. Masa depan
sangat dinamik kerana sentiasa berubah.
Masalah yang berlaku pada masa depan lazimnya kompleks dan
penyelesaiannya bersifat global. KMD
lebih berciri saintifik kerana dapat diuji, boleh diulangi, dan dapat diramal.
Rasional
Pengajaran Kajian Masa Depan(KMD)
Pembelajaran berasaskan KMD diperkenalkan untuk mendidik
generasi baharu supaya menghadapi cabaran dan perubahan. Pembelajaran berasaskan KMD merupakan
strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam
menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan
generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya, dan bertanggungjawab. KMD yang dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran akan:
i. Membina generasi masa depan
KMD memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir
tentang isu, masalah, dan peluang yang bakal dihadapi. Keadaan ini akan
membolehkan mereka memandang masa depan dengan yakin dan optimis serta
mengambil bahagian dalam merancang masa depan mereka.
Ii Menghasilkan tenaga manusia yang
berfikir
Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam
menghasilkan tenaga manusia yang dapat berfikir tentang masa depan. Selain daripada itu, mereka seharusnya
berfikir untuk menggambarkan serta menjangkakan masalah yang bakal timbul.
iii Menjangka masalah dan membuat pilihan
yang baik
Pelajar juga dapat mencari alternatif dan pilihan ke arah
masa depan yang lebih baik.
iv Membawa anjakan paradigma
Pelajar akan membawa anjakan paradigma terhadap budaya
belajar yang berasaskan pengetahuan dan ingatan semata-mata ke arah budaya
berfikir.
Objektif
Kajian Masa Depan
Berikut adalah objektif pelaksanaan KMD:
i Berfikir secara kritis dan kreatif
serta membuat keputusan tentang hal-hal masa
depan
KMD boleh membina minda suka bertanya dan kemahiran
intelek yang dapat membantu pelajar berfikir secara kreatif, terarah, analitis,
dan reflektif tentang keseluruhan hidup manusia dan proses meneroka alternatif
dan pilihan.
ii Berkomunikasi secara berkesan tentang
hal-hal masa depan
KMD juga membantu pelajar memberi sumbangan ke arah
kesejahteraan dan kebaikan dunia dan membina strategi menambah keupayaan
pelajar dalam menghadapi berbagai-bagai cabaran hidup.
iii Membina sikap dan nilai tentang masa
depan
KMD akan membina keyakinan pelajar supaya mereka mampu
mengawal diri, boleh membuat pilihan berasaskan etika, dan nilai moral serta
berupaya mempengaruhi masa depan mereka.
iv Mempunyai pengetahuan dan kefahaman
tentang kajian masa depan
KMD memberi asas kepada pelajar memahami dan menghayati
Wawasan 2020 dan memantapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan, konsep,
kemahiran, dan kaedah dalam mengkaji masa depan.
v Membuat kajian dan mengurus maklumat
tentang hal-hal masa depan
Pelajar digalakkan menjadi warganegara yang lebih
bertangungjawab, tahu membeza dan menilai,
berketrampilan, dan mempunyai gambaran jelas tentang masa depan.
Strategi
Kajian Masa Depan
Pelajar menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk
meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu sehingga ke masa kini dan
meramalkan keadaan pada masa hadapan.
Pedagogi ini berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan pelbagai bidang
seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Alam Sekitar, dan Sejarah. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk
melalui kaedah ini.
2.1.2 Teori Kecerdasan
Pelbagai (TKP)
Kecerdasan Pelbagai ialah kebolehan untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baharu
untuk diselesaikan, dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan
yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.
Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) telah
diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya Howard Gardner
mendapati ‘seven ways of knowing, perceiving and understanding life’.
Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk
kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria
yang istimewa.Teori Kecerdasan Pelbagai
berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep
kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ianya dirumuskan sebagai:
•
kebolehan menyelesaikan masalah yang
dihadapi dalam kehidupan sebenar.
•
kebolehan menjana masalah baru untuk
diselesaikan.
•
kebolehan membuat sesuatu atau
menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.
Dr. Roger Sperry turut
menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut
perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi
yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah
otak sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya.
|
|||||
|
|||||
Rajah 2.1: Perhubungan otak kiri dan kanan
Jenis-jenis
Kecerdasan Pelbagai
Rajah 2.2: Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai (Howard
Gardner)
Objektif
Teori Kepelbagaian Kecerdasan(TKP)
TKP berperanan
sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan
yang relevan dalam pendidikan masa kini. Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee
Dickinson merumuskan definisiHoward Gardner sebagai:
a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi
dalam kehidupan sebenar.
b) kebolehan menjana masalah baru untuk
diselesaikan.
c) kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan
perkhidmatan yang bernilai dalam
lingkungan sesuatu budaya.
Tujuan Mengaplikasikan Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran
dan Pembelajaran
i.
Meningkatkan pemikiran yang lebih mendalam
ii
Memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara
iii
Mengaplikasikan pengetahuan yang
sedia ada dalam situasi dan konteks yang baharu dan
berlainan
Ciri-Ciri
Teori Kepelbagaian Kecerdasan
Rajah 2.3: Perhubungan otak kiri dan kanan
Jenis-Jenis
Teori Kepelbagaian Kecerdasan
- Natural
- Verbal-linguistik
- Logik Matematik
- Visual-Ruang
- Kinestatik
- Muzik
- Interpersonal
- Intrapersonal
Contoh Pengintegrasian Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran
dan Pembelajaran
i
Verbal-Linguistik
Merancang dan menyediakan bentuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
menggunakan bahasa lisan (pidato,
ceramah, perbahasan), bacaan (buku, surat khabar,
majalah), dan penulisan (puisi, laporan,
minit mesyuarat).
ii
Logik-Matematik
Merancang dan menyediakan bentuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau
menggalakkan pemikiran
kritis.
iii Visual-Ruang
Merancang dan menyediakan bentuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi peta minda, garis,
visualisasi, warna, seni, metafora atau lain-lain borang
pengurusan grafik.
iv Kinestetik
Merancang dan menyediakan bentuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
pengalaman pergerakan seluruh badan atau
aktiviti ‘hands-on’ (latihan amali,
penyiasatan,
kajian luar).
v
Muzik
Merancang dan menyediakan bentuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
penggunaan muzik, bunyi-bunyian
persekitaran atau unsur ritma dan melodi.
vi Interpersonal
Merancang dan menyediakan bentuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
murid dalam perkongsian rakan sebaya,
pembelajaran korporatif dan kolaboratif atau
simulasi kumpulan, lawatan, amali, dan
kerja lapangan.
vii Intrapersonal
Merancang dan menyediakan bentuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
pilihan kepada murid merangsang perasaan
kendiri (menulis, jurnal, diari, membuat refleksi,
penilaian kendiri).
viii Naturalis
Merancang dan menyediakan bentuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
penggunaan flora dan fauna, awan,
sungai, gunung (alam semula jadi) ke dalam bilik darjah
atau membawa murid ke luar ke alam
semula jadi, kembara visual, amali, dan kerja lapangan.
Kepentingan
Teori Kepelbagaian Kecerdasan
- petunjuk kepada potensi murid
- menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang
pengajarannya
- membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan
kecerdasan
- membangun bidang akademik dan ko kurikulum murid
- mempelbagaikan cara penilaian
- menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras
dengan FPK dan keperluan murid
- mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah
- menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam
pengajaran dan pembelajaran
Bagaimana
Melaksanakan TKP Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Terdapat lima model yang dicadangkan, guru boleh memilihnya
berdasarkan kesesuaian murid, bilik darjah, dan topik yang
diajar iaitu;
SISIPAN Guru boleh memilih satu
atau dua kecerdasan dan digunakan dalam pengajaran secara tidak langsung.
JARINGAN Setiap
kecerdasan digunakan dalam pengajaran PSV.
JALINAN Satu
kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran.
PERKONGSIAN Beberapa
kecerdasan dipilih untuk digunakan dalam dua mata
pelajaran.
KESEPADUAN Beberapa
kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi
mata pelajaran yang
berlainan.
2.1.3 Teknologi Maklumat dan
Komunikasi(TMK)
Penggunaan Teknologi Komunikasi
dan Maklumat (TMK) dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah merentas
kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri. Penggunaan TMK mestilah dilihat sebagai satu
tambahan kepada alat Pengajaran dan Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang
berkesan. Penggunaan TMK juga mampu
menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital
bermutu dalam komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk
menggantikan penggunaan media secara manual dalam Pendidikan seni Visual.
Pendekatan TMK yang
terbaik apabila digunakan secara bijak
dan terancang mampu meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan seni Visual. Perisian perlu sesuai mengikut keperluan
sesuatu topik pengajaran Pendidikan seni Visual supaya dapat membuahkan hasil
kerja seni yang dinamik dan memuaskan.
Definisi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)
TMK dalam Pendidikan Seni Visual lebih merujuk kepada
kemampuan teknologi itu
sendiri, yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang
memberi sokongan kepada murid, guru, panitia serta organisasi sekolah bagi
menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada kaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran serta sebagai salah satu kaedah melaksanakan kegiatan Seni Visual
yang terancang dan menarik.
Rasional
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
-
untuk menyediakan warga pendidik Seni Visual dalam menghadapi
perkembangan TMK masa kini dan akan datang.
-
Untuk menyediakan murid dengan pengetahuan seni digital yang telah
menjadi salah satu jurusan yang diminati serta kompetetif di IPT.
-
Sebagai salah satu tarikan serta salah satu cara penyelesaian masalah
seni reka dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
yang lebih mudah, pantas dan berkesan.
Pengaplikasian
TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
boleh diintegrasikan secara:
i Integrasi TMK
dalam pembelajaran tutorial
Integrasi ini bertujuan untuk menyampaikan kandungan
pelajaran dengan lebih komprehensif dan efisien, contohnya dalam bentuk CD-ROM,
cakera keras, dan tapak pembelajaran.
Aplikasi ini lebih berfokuskan kepada pembelajaran secara kendiri.
ii Integrasi TMK
dalam pembelajaran eksploratasi
Kemudahan TMK digunakan sebagai medium untuk pembelajaran
penerokaan, mencari, dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal
maklumat, dan tapak pembelajaran. Dalam
pembelajaran secara penerokaan ini, murid boleh mengawal dan menentukan
maklumat yang mereka terima melalui TMK.
Hal ini berbeza dengan pembelajaran tutorial; murid hanya menerima bahan
pelajaran yang dikawal oleh sistem.
iii Integrasi TMK sebagai alat aplikasi
TMK digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu murid
melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat
pengajaran dan pembelajaran.
iv Integrasi TMK
sebagai alat pemudah komunikasi
TMK digunakan sebagai alat pemudah komunikasi antara
murid dan guru di lokasi yang berbeza tetapi saling berinteraksi, menghantar,
menerima, dan berkongsi maklumat seperti dalam bentuk teks, bahan grafik,
audio, emel, telefaks, Facebook, Blog dan lain-lain. Murid boleh bertukar maklumat sesama sendiri
bagi menganalisis dan membuat perbandingan dengan pengalaman dan maklumat yang
mereka peroleh. Menerusi pembelajaran
seperti, murid dapat membina pengalaman yang lebih menarik, bermakna, dan
berkesan.
Ciri-Ciri
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Penggunaan TMK adalah
merentas kurikulum Pendidikan Seni Visual yang mengandungi bidang Penghasilan Seni Visual, Sejarah dan Apresiasi
Seni Visual. Dalam mencari maklumat ini TMK boleh digunakan secara berkesan
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penghasilan Seni
Sejarah dan Apresiasi
Visual Seni Visual
Penggunaan TMK
Rajah 2.4: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Penggunaan TMK dalam Pendidikan Seni Visual boleh
dibahagikan kepada 4 bahagian
utama;
2.1.4 Pembelajaran Kontekstual
Ia menyediakan
pembelajaran secara konkrik yang melibatkan aktiviti ‘hands on’ dan‘mind
on’. Kajian Masa Depan dapat
menyedarkan dan merangsang minda berfikir apa yang akan berlaku berdasarkan
ramalan, imaginasi dan kreativiti yang didasarkan kepada sejarah. Mengikut
Teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila pelajar
dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan
Rajah 2.5: Bahagian-bahagian Utama Penggunaan TMK Dalam PSV
2.1.4 Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah
pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu,
masyarakat, dan alam pekerjaan.
Pembelajaran ini disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara
konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya
menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan
pembelajaran dengan kehidupan mereka.
Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam
konteks dengan membuat hubungkait yang bermakna dan relevan dengan
persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian
aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja
atau kehidupan. Teori ini menggalakkan pendidikan memilik atau mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam
konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil
pembelajaran yang dihasratkan.
Ciri-Ciri Pembelajaran Kontekstual
• Murid dapat memproses maklumat atau
pengetahuan baru dengan cara yang bermakna
dalam rangka minda.
• Maklumat disampaikan dalam konteks yang
pelbagai dan bermakna kepada murid.
• Guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran
pembelajaran untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan.
|
Rajah 2.6: Hubungan Pembelajaran-Persekitaran Sekolah
Perkara yang Boleh Dicapai Melalui Pembelajaran Kontekstual
Melalui pembelajaran kontekstual ini,
murid boleh:
i Membina
keyakinan diri
ii Memahami
perhubungan antara teori dengan amalan
iii Membina
pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan masalah
iv Memperoleh sokongan dan dorongan
daripada ibu bapa kerana mereka terlibat secara langsung dalam pembelajaran
anak-anak mereka
v Membina asas yang kukuh untuk
melahirkan tenaga mahir sebagai modal insan generasi masa depan.
Proses
Pembelajaran Kontekstual
Dalam
pembelajaran kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui empat
proses iaitu proses motivasi, pemahaman, aplikasi, dan refleksi. Kemahiran melakukan latih amal (praktikal)
dan berfikir merupakan asas pembelajaran
kontekstual. Kesimpulannya aktiviti ini
menjadi asas untuk murid sentiasa ingin tahu ketika berlakunya pengajaran dan
pembelajaran.
Kaedah Pembelajaran Kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual adalah
seperti yang berikut:
Rajah
2.7: Kaedah
Pembelajaran Kontekstual
Faedah Pembelajaran Kontekstual
Murid
Guru
Industri
Rajah 2.8: Hubungan Faedah Pembelajaran Kontekstual
Contoh Aktiviti: Hiasan Dalaman dan
Landskap
Melalui aktiviti mereka bentuk hiasan dalaman dan
landskap, faedah-faedah yang diperolehi:
i) Murid
- Mengaitkan
pembelajaran hiasan dalaman/landskap dengan pekerjaan atau kehidupan
harian.
- Mengaitkan
kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian, contoh
keselesaan/keindahan
landskap.
- Memindahkan
kemahiran (menghasilkan lukisan pelan atau perspektif)
- Meneroka
dan mendapatkan bukti.
- Menguasai
perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.
- Belajar
secara bekerjasama melalui aktiviti berkumpulan.
ii) Guru
- Menjadikan
pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya melalui hasilan projek
- Dapat
mengaitkan prinsip pembelajaran dengan dunia pekerjaan.
- Menjadi
penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.
iii)
Industri
- Menerima
tenaga kerja yang berpotensi apabila murid telah diberi pendedahan awal.
- Menggerakkan
industri ke dalam pendidikan melalui projek hiasan dalaman.
2.1.5 Pendekatan Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam
pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan
baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih
faham, yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.
Konstruktivisme adalah
satu fahaman bahawa murid membina
sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Dalam
proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk
peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Pembelajaran secara konstruktivisme
menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori
pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya
konstruktivisme. Pembelajaran ini
menggalakkan murid mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi
dan proses inkuiri akan terhasil.
Ilmu pengetahuan
murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas
dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran mereka melalui pengalaman
pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu
pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid
melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan. Konstruktivisime merupakan
proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda
manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG dan universiti tetapi
tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Untuk membantu murid
membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur
kognitif yang sedia ada pada diri mereka. Apabila maklumat baru telah
disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat
mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat
dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme
yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan
pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. John Dewey mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina
pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan
murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pendapat ahli
konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang
akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murid dengan peluang
untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan
pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. Murid dibekalkan dengan fakta-fakta dan diberi penekanan
kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi.
Pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk
memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri
masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di
samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang
lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan
lagi.
Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme
Ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme
ialah:
i
Menggalakkan soalan/ idea yang
dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai
panduan merancang.
ii
Di sekolah menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan guru
iii
Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan
hasil
pembelajaran
iv
Menyokong pembelajaran secara koperatif
v
Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar
vi Memberi peluang kepada pelajar untuk membina
pengetahuan baharu dengan
memahaminya melalui penglibatan mereka dengan situasi dunia yang sebenar
vii
Menggalakkan proses inkuiri penemuan
viii Mengenal pasti perubahan sikap
pelajar
Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme
Kelebihan pembelajaran konstruktivisme
yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar adalah seperti yang berikut:
i Berfikir
Dalam proses membina pengetahuan baharu,
pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat
keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, pengetahuan boleh dicapai
melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah,
mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi, dan membuat
kesimpulan.
ii Faham
Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep
dan idea akan lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam
pembinaan pengetahuan baharu. Seseorang
pelajar yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan
pengetahuan yang baharu dalam kehidupan dan situasi baharu.
iii Ingat
Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar
akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara
aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan baharu.
iv Yakin
Pelajar yang belajar secara
konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri pemahaman mereka tentang
sesuatu perkara. Hal ini menjadikan
mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran serta
menyelesaikan masalah dalam situasi baharu.
v Kemahiran Sosial
Pelajar yang berkemahiran sosial boleh
bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan
masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh
apabila pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina
pengetahuan mereka.
vi Seronok
Dalam pembelajaran secara
konstruktivisme, pelajar membina sendiri pengetahuan, konsep, dan idea secara
aktif. Hal ini menjadikan mereka lebih
faham, lebih yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat
walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.
Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme
Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme
dapat ditunjukkan menerusi carta alir berikut:
Rajah 2.9: Langkah-langkah
Pembelajaran Konstruktivisme
2.1.6
Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir merupakan
proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu
serta dapat menyelesaikan masalah. Ia
dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir
secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai
kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Manakala kemahiran berfikir
secara kreatif kebolehan kita mencerna dan menghasilkan idea asli yang bersifat
generatif. Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai satu proses menggunakan
minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat
pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.
Strategi berfikir merupakan proses yang lebih
tinggi peringkatnya. Ia melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah pula
melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam proses mengkonsepsikan,
menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, kedua-dua KBKK secara kritis dan
kreatif digunakan.
Proses berfikir memerlukan aspek yang
berikut:
a)
Pengetahuan- apa yang anda tahu tentang sesuatu objek itu
b)
Kemahiran- menyoal diri sendiri tentang sesuatu objek itu
c)
sikap/Nilai- keinginan untuk mengetahui tentang sesuatu objek itu.
Rajah 2.10: Proses Berfikir
Strategi penerapan
pula perlu menggabungkan tiga pendekatan pengajaran dan pembelajaran KBKK
iaitu;
a) Mengajar cara berfikir
b) Mengajar untuk berfikir
c) Mengajar tentang berfikir
Rajah 2.11: Kemahiran
Berfikir
2.1.7 Pembelajaran Masteri
Pembelajaran
Masteri berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari.
Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan
dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap
penguasaan pembelajaran. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan
pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan
murid.
Model
Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, diikuti
dengan Pengajaran dan Pembelajaran.
Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan semua
murid berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar
kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang telah
menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum
menguasai akan diteruskan dengan usaha pemulihan.
Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri
a) Hasil pembelajaran perlu ditentukan, dan
disusun mengikut hirarki atau unit
pembelajaran.
b) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan
mengembirakan.
c) Keupayaan dan pencapaian dinilai semasa
aktiviti pembelajaran.
d) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dan berkaitan.
e) semua murid perlu menguasai 80% aras masteri
yang ditetapkan setiap unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran yang baru.
f) Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid
yang belum menguasai aras masteri.
g) Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid
yang telah mencapai aras masteri.
Model Pembelajaran Masteri
Dalam
Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan. Langkah
tersebut digambarkan melalui model berikut;
Unit
Pembelajaran 1
Rajah 2.12: Model Pembelajaran Masteri
2.2 Aplikasi strategi Ke Dalam empat Bidang
Kegiatan:
2.2.1
Menggambar
Menggambar adalah satu representasi visual
sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas satu permukaan, mengandungi
komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna serta menggambarkan gambaran mental yang
jelas. Seterusnya, ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih
jelas tentang sesuatu objek. Penggunaan huruf diterangkan dalam bentuk grafik
sementara representasi visual yang
dihasilkan dalam bentuk dua dimensi dan akhirnya gambar sebagai satu artifak
yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.
Kegiatan
Menggambar
Terdapat berbagai-bagai jenis
kegiatan atau teknik menggambar. Antaranya adalah seperti berikut :-
Kegiatan
|
Maksud
|
Jadual 2.1
|
Merujuk
Kamus Oxford, ' The art of representing by line, delineation without colour
or with a single colour ’ yang bermaksud lukisan ialah garisan yang membentuk
imej dengan menggunakan media kering.
Lukisan
juga merupakan pengetahuan awal yang dibuat untuk meluahkan perasaan yang
berbentuk imej dengan menggunakan media kering. Lukisan adalah karya seni
atau hasil seni yang dihasilkan atas sesuatu permukaan.
Lukisan
ialah garisan yang membentuk imej dengan menggunakan titik, garisan dan ton,
pada sesuatu permukaan. Melalui proses ini pelukis dapat menyampaikan mesej
berbentuk visual (gambar) tanpa menggunakan bahasa. Melalui lukisan pelukis
dapat melahirkan perasaan
Lukisan
dihasilkan dengan menggunakan alatan seperti pensel, pensel warna, pen, magic
pen, maker pen, kryon, soft pastel, charcoal, berus dan dakwat serta pen teknikal.
Rumusan – Lukisan merupakan hasil kerja seni yang
dibuat dengan menggunakan media kering
di atas sesuatu permukaan bagi meluahkan perasaan yang berbentuk imej.
|
Jadual 2.2
|
Proses
melukis dengan menggunakan bahan pewarna yang disapu ke atas sesuatu
permukaan. Alat dan media yang digunakan seperti cat atau pewarna (cat air,
cat minyak, fresko, arkrilik, tempera,poster, cat emulsion, pelaka), kertas,
kanvas, air, minyak linsid , turpentin, plat pembancuh warna dan sebagainya.
Catan juga
sebagai latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan
seperti kertas,kanvas, papan batu, simen, dinding, dan lain-lain yang sesuai juga
satu hasil kerja estetik dicipta dengan
mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D.
Melalui
catan, pelukis dapat meluahkan perasaan,membuat komen sosial, merakam
peristiwa dan cerita. Catan dapat merakamkan gambar visual sebenar.
|
Jadual 2.3
|
Cara menghasilkan karya dengan menggunakan teknik tampalan
dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas,bahan buatan manusia yang
bersesuaian dan bahan alam semulajadi ke atas permukaan seperti kertas
,plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih.
Satu
komposisi artistik daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang
yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Teknik tampal menampal dalam menghasilkan
karya seni dan membuat gambar serta
membuat rekaan.
|
Jadual 2.4
|
Menampal
dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menyampaikan mesej
pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar dan sebagainya.
Montaj juga
bermaksud satu hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang sedia ada yang disusun supaya
bercantum , bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. Kini
montaj diaplikasikan dalam
sesuatu rancangan terutamanya di bahagian pengenalan sebelum sesuatu program
dijalankan. Dihasilkan mengunakan slaid-slaid dalam Microsoft Powerpoint.
|
Jadual 2.5
|
Secara umum hasil seni yang sama/gambar
serupa dapat dihasilkan lebih dari satu. Menghasil karya dengan mencetak,
menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Cetakan
merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan
plat atau blok, di mana permukaan blok diukir atau diguris. Ia merupakan satu
proses menekan, blok, huruf atau gambar di atas kertas, kain atau bahan-bahan
lain.
Cetakan
juga satu proses terapan blok,plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan. Hasil
seni melalui cetakan dapat dihasilkan mengikut beberapa edisi yang
dikehendaki.
|
Jadual 2.6
|
Gosokan
bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke
permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak
dipindahkan. Gosokan juga dianggap
satu eksplorasi permukaan supaya dapat mengmbangkan pemahamanan dalam
penggunaan jalinan dan ton.
Rumusan –
Gosokan adalah satu proses hasil kerja seni untuk merekodkan corak permukaan
yang berjalinan dengan menggunakan proses menggosok. Hasil cetakan dibuat
dengan menggosokkan kertas menggunakan dakwat, pensel, kapur, arang ke atas
satu permukaan yang mempunyai jalinan.
|
7. Resis
Jadual 2.7
|
Suatu kaedah
melukis cat air dengan sapuan warna ke permukaan yang telah disapukan dengan lilin
di bahagian-bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Teknik ini
menyebabkan kertas yang diliputi lilin bertindak sebagai alat untuk membuat
garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan di permukaannya.
Teknik ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi
lilin tidak akan menyerap warna dan hasilnya terbentuk gubahan dalam keadaan
warna asal.
|
8. Percikan
Jadual 2.8
|
Hasil percikan adalah titisan warna yang direnjis di
atas kertas untuk menghasilkan satu gubahan terkawal, bahagian yang ditutup
dan permukaannya tiada terlekat dengan warna. Mengikut buku Glosari Seni Lukis percikan membawa maksud
corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.
|
9. Mozek
Jadual 2.9
|
Mozek
adalah susunan kepingan kertas yang dipotong mengikut saiz yang sama dan
disusun bersebelahan seperti bentuk mozek. Satu reka bentuk atau gambar yang
dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Karya yang
dihasilkan secara menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas,
plastik,kepingan jubin dan lain-lain
ke atas sesuatu permukaan secara
tersusun,bersebelahan dan tidak bertindih.
|
2.2.2
Membuat Corak dan Rekaan
Corak
ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh
itu corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk
daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang. Motif
ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif
flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak Tradisi ialah corak yang mempunyai
motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.
|
Ilustrasi 2.1
|
|
Ilustrasi 2.2 Ilustrasi 2.3
Corak Tradisi ialah corak yang mempunyai
motifnya tersendiri dan
mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur
tradisi.
|
Ilustrasi 2.4
PENGHASILAN CORAK
Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:
i Corak
Terancang – dibuat menggunakan motif
yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasil kan
corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid
dalam penghasilan corak.
Ilustrasi 2.5
Contoh corak terancang
ii Corak Tidak
Terancang atau bebas - Corak Tidak
Terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh
dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan
sebagainya.
Ilustrasi 2.6
Contoh corak tidak terancang
Jadual 2.10 Teknik Mencorak
JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM
CORAK DAN REKAAN
Berikut adalah jenis-jenis
susunan dalam corak dan rekaan:
(a) Susunan Ulang Sekata - Motif
yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan
corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid
sebagai panduan.
(b) Susunan Berselang Seli -
Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau
diantara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu
menghasilkan corak yang menarik dan teratur.
(c) Susunan Batu-bata - Motif
disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya
disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.
(d) Susunan Bertimbal - Motif ini
diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang
bertentangan.
AKTIVITI
1.4
(e) Susunan Bertindih - Motif yang sama disusun secara bertindih atau
bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.
(f) Susunan Beralun - Motif yang
dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak.
Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.
(g) Susunan Berpusat - Motif susunan berpusat,
berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh
dihasilkan dalam bentuk bulatan, segiempat, hexagon, oktagon dan sebagainya.
Teknik Mozek
Susunan
bahan yang ditampal di atas satu permukaan kertas secara sebelah – menyebelah
dan tidak bertindih – tindih. Susunan bahan yang ditampal perlu mengikut corak
yang dirancang.
Bahan untuk mozek
1.
Mozek kertas
2.
Mozek manik
3.
Mozek labuci
4.
Mozek bijirin
5.
Mozek lidi
6.
Mozek syiling
7.
Mozek kertas ‘creep’
Alatan dan Bahan
1.
Gunting
2.
Kertas creep pelbagai warna
3.
Gam
Langkah-langkah aktiviti
|
|
|
|
|
|
|
Gambar 2.1 Langkah-langkah Penghasilan
2.2.3
Membentuk dan Membuat Binaan
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan
persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur,
imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami
dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang
kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang
kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa
menjalankan proses penghasilan seni.
Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga
dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti berikut:
Arca
timbul
|
Arca
stabail
|
Boneka
|
Arca
asemblaj
|
Model
|
Topeng
|
Arca
mobail
|
Diorama
|
Origami
|
Jadual
2.11 Aktiviti Membentuk dan Membuat Binaan
ALAT, BAHAN DAN
TEKNIK PENGHASILAN
(a)
Arca timbul
Bahan/Alat
|
Teknik
Penghasilan dan Peralatan
yang
Berkaitan
|
Contoh
|
Kepingan
kayu,
‘plaster
of
Paris’, batu,
kayu,
plastik,
kertas
lumat,
‘papier-mache’
dan
tanah liat.
Pahat,
penukul,
alat
pengukir,
pengikis,
kikir
pari,
kertas
pasir
dan lain-
lain.
|
Bentuk
tiga dimensi tersembul
keluar
dari permukaan dua dimensi
yang
rata atau dipahat keluar yang
akhirnya
menonjolkan objek
ke
permukaan.
Ia
boleh di buat secara:
- Acuan
- Tampalan
- asemblaj
- binaan
|
“Still
Life With Musical
Instruments”
oleh Jacques Lipchitz” (1891–1973)
|
Jadual 2.12
Arca Timbul
(b)
Arca
Assemblaj
Bahan/Alat
|
Teknik Penghasilan dan Peralatan
yang Berkaitan
|
Contoh
|
Kayu,
logam,
batu,
simen,
bongkah-
bongkah,
‘spare-part’
kenderaan,
bahan
kutipan,
besi
dan
sebagainya.
|
Bahagian atau
komponen yang
berlainan yang
dicantum dan
menjadi satu
kesatuan objek dan
menjadi satu konsep
bermakna.
Teknik hasilan:
-
Kimpalan
-
Binaan
-
cantuman skru/ paku, gam
|
“Bicycle Wheel”
oleh Marcel
Duchamp
(1887–1968), Perancis.
|
Jadual
2.13 Arca Assemblaj
(c)
Arca
Mobail
Bahan/Alat
|
Teknik Penghasilan dan Peralatan
yang Berkaitan
|
Contoh
|
Besi,
dawai,
kertas,
tali-temali,
kepingan
logam
dan
kadbod.
|
Bahagian-bahagian
dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek
bergerak, berputar atau
berombak.
Teknik yang
digunakan:
-
Kimpalan
-
Gam
-
Skru
-
ikatan
|
“Horizontal Spines”
oleh
Alexander Calder,
1942
|
Jadual 2.14 Arca Mobail
(d)
Arca Luakan
Bahan/Alat
|
Teknik
Penghasilan dan Peralatan
yang
Berkaitan
|
Contoh
|
Kertas
tebal,
loyang,
gangsa,
‘plywood’,
zink,
akar
kayu,
papan
dan
sebagainya
|
Bentuk yang digubah
untuk
tujuan membuat
sesuatu objek
konkrit. Contohnya
model
buah-buahan.
Teknik yang
digunakan:
-
Kayu
-
Plaster of Paris
|
“Woman’s head” oleh
Pablo
Picasso, 1909
|
Jadual
2.15 Arca Luakan
2.2.4
Mengenal Kraf Tradisional
Kraf Tradisional boleh didefnisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja
berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan
daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum
masing-masing.
Kraf
tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:
Jenis
Kraf
|
Contoh Kraf
|
v
Alat Domestik –
merupakan
peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan
sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu. Teknik-teknik untuk menghasilkan alat
domestik di atas ialah teknik luakan, teknik asemble dan teknik ukir.
|
|
v Alat Permainan -
disini bermaksud alat permainan tradisi yang kebiasaannyadimainkan untuk
mengisi masa lapang selepas kerja-kerja menuai padi.
|
|
v Alat Pertahanan
Diri - dipanggil senjata. Senjata
adalah alat keperluan manusia di zaman purba. Senjata digunakan untuk memburu
dan juga untuk mempertahankan diri.
|
|
v Batik - merupakan
sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan
kain.
|
|
v Seni Tekat -
termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara
menyulam
benang ke atas kain dasar jenis baldu.
|
|
v Tembikar - adalah hasil barangan kraf yang diperbuat
daripada tanah liat, dibentuk dan dibakar.
|
|
v Seni Anyaman -
merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh,
rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan
menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian
antara satu sama lain.
|
|
v Seni Ukiran Kayu -
merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk
menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman
dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang
Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan
masyarakat di negara ini.
|
|
Jadual 2.16 Jenis-jenis Kraf
Tradisional
ALAT DAN
BAHAN SENI TEKAT
Alat
|
Bahan
|
Pemidang kayu
berkaki dan cuban.
|
Benang emas, benang putih, kain dasar baldu, kertas tebal, gam
dan rotan saga.
|
Jadual 2.17
2.25 Proses Menyulam
Proses
|
Penerangan
|
||
|
Dimulakan dengan
menyiapkan pemidang dengan meregang kain putih, kemudian diikuti dengan
menyediakan mempulur atau isi tekat dari kertas atau rotan sega. Setelah
persiapan ini selesai barulah proses menyulam atau penciptaan tekat
dimulakan.
|
||
Persiapan
pemidang
|
Penggunaan pemidang
berkaki atau tidak, dimulakan dengan meregangkan kain putih di atasnya.
Bahagian pinggir atau tepi kain putih yang berukuran panjang persegi
dimasukkan batang pinang yang telah dihaluskan. Cara ini dilakukan untuk
membuat telinga kain. Melalui bahagian ini, kain putih diikatkan ke bingkai
pemidang. Dengan cara ini kain menjadi tegang. Di atas kain putih ini kain
baldu sebagai dasar dilekatkan dengan menyembat kasar.
|
||
Membentuk
mempulur
|
Mempulur atau
tempulur ialah isi tekat untuk motif dan ragam hias. Bentuk motif dilukis di
atas beberapa helai kertas yang telah dilekat tindih (enam hingga lapan
helai). Kemudian bentuk motif dipotong dan diasingkan dari kepingan kertas.
Potongan-potongan mempulur inilah yang dilekat kan di atas kain dasar tekat
sebelum proses menyulam benang emas dimulakan.
|
||
Menyulam
|
Benang emas dari
cuban merentasi bahagian batang mempulur dari titik A ke titik B. Di titik A
benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum
yang sedang matanya.
Jarum yang
sederhana matanya disesuaikan dengan lebar batang mempulur.
|
Jadual 2.18
Tiada ulasan:
Catat Ulasan