Penyusunan
Semula melalui Ayat Songsang
Proses penyusunan semula berlaku juga pada ayat
songsang. Apabila keterangan tempat,
keterangan masa, keterangan syarat, keterangan musabab dan sebagainya hendak
diberikan fokus, maka ayat tersebut bolehlah disongsangkan. Perhatikan contoh-contoh yang berikut:
(60) Pengantin
baru itu pergi berbulan madu.
(60b) Pergi
berbulan madu pengantin baru itu.
(61) Mereka
bertolak ke luar negara semalam.
(61a) Semalam
mereka bertolak ke luar negara.
(62) Othman
tidak ke pejabat kerana dia demam.
(62a) Kerana
dia demam Othman tidak ke pejabat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan