Khamis, 27 Jun 2013

Ayat Tunggal

Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. Namun, yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah ayat seruan dan sebagainya. Sementara, ayat dasar  terdiri daripada ayat penyata.
Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu subjek dan satu predikat.

Contoh:
Subjek
Predikat
(1).      Bapa saudara Ali
(2)      Peninju itu
(3)      Darwis
(4)      Wahab
pensyarah.
sangat tangkas.
membaca kitab jawi.
ke kedai runcit.

Dalam proses binaan ayat tunggal ini , terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang.
Contoh:

(1)       (a)  Mariam  ke pasar raya hari ini.
            (b)  Ke pasar raya Mariam  hari ini.
(2)       (a)  Baju itu di dalam almari.
            (b)  Di dalam almari baju itu.
(3)       (a)  Kuih itu dimakannya.
            (b)  Dimakannya kuih itu.
(4)       (a)  Pokok kayu itu ditebangnya.
            (b) Ditebangnya pokok kayu itu.


Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut, jelas didapati bahawa  subjek dan predikat dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur bahasa. Jelas, proses sedemikian menggambarkan sifat bahasa Melayu yang dinamik dalam pelbagai aspek bahasa dan rumus tatabahasa.

1 ulasan:

  1. Tolong bah anu apa ni definisi ayat tunggal. .ada ka??

    BalasPadam