Penggabungjalinan
Apakah yang anda faham tentang penggabungjalinan?
Penggabungjalinan ialah satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau
bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang
baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk
menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi.
Dalam hal ini, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.
Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut:
a. Kemahiran
dapat dikuasai secara serentak.
b. Bentuk
pengajaran lebih menarik dan berkesan.
c. Berpeluang
untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.
d. Aktiviti
melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.
Prinsip-prinsip penggabungjalinan
• Mudah ubah,
bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.
• Guru mesti
tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin
digabungjalinkan.
• Kemahiran fokus
dan sampingan hendaklah dirancang dengan
baik.
• Berdasarkan
kebolehan dan pencapaian pelajar.
Bentuk-bentuk penggabungjalinan
Ada 3 bentuk
penggabungjalinan :
i.
Penggabungjalinan
Kemahiran
Rajah 2: Penggabungjalinan Kemahiran Pendidikan Seni
Visual dalam Satu Mata Pelajaran
Rajah 3: Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaran
ii. Penggabungjalinan Aktiviti
Anda boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua
aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Untuk melaksanakan
penggabungjalinan, anda perlu merancangkannya dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang
baik.
Contoh:
a. Berceramah →
mencatat isi
b. Bercerita →
berbincang → menulis karangan
c. Membaca →
mengesan isi → mengulas → menulis ulasan
iii. Penggabungjalinan Bahan
Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan
atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan
utama atau bahan sokongan. Perancangan
harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan,
pengalaman, dan tahap pencapaian murid.
Antara bahan yang boleh digabungjalinkan itu adalah seperti yang berikut:
Contoh:
1. Berita →
ulasan
2. Iklan → surat
permohonan → temu duga → surat jawapan.
Penggabungjalinkan bahan-bahan ini boleh dilakukan
mengikut keperluan masa yang diperuntukkan, pertalian bahan, dan urutan
aktiviti yang bersesuaian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan