Frasa
Kerja Dengan Kata Bantu Ragam
Frasa kerja yang
melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang aspek perasaan. Hal
yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek yang memerihalkan
perasaan ketika melakukan perbuatan.
Menurut Abdullah Hassan kata bantu digunakan dengan kata kerja bagi
menunjukkan aspek dan ragam (Kata bantu adalah kata keterangan). Kata bantu
aspek dan ragam diletakkan sebelum kata kerja dalam frasa kerja.
Kata bantu aspek membezakan sama ada sesuatu perbuatan itu selesai, sedang
dilakukan atau akan dilakukan. Ini dibawa oleh perkataan seperti telah, sudah,
pernah, sedang, masih, akan dan belum.
Ada tiga jenis kata bantu aspek, iaitu kata bantu aspek sudah dilakukan,
kata bantu aspek sedang dilakukan dan kata bantu aspek belum dilakukan.
Kata Bantu Aspek
|
||
Sudah dilakukan
|
Sedang dilakukan
|
Belum dilakukan
|
sudah
telah
pernah
baru
|
sedang
masih
mula
|
belum
akan
|
Contoh ayat:
1.
Hujan masih
turun renyai-renyai dan angin masih kuat.
2.
Rumah pusakanya telah telah
usang dan senget kerana dimamah usia.
3.
Abang Asraf masih
mencari kerja tetapi belum dapat-dapat lagi
4.
Apabila ibu sudah
pergi, barulah mereka berani berbual-bual semula.
5.
Aida masih belum
dapat memberitahu keputusannya walaupun telah ditanya berkali-kali.
6.
Saya akan pergi
ke Kelantan pada minggu hadapan.
Kata
Bantu Ragam
Kata bantu ragam menerangkan perasaan pelaku terhadap
perbuatan yang dilakukan. Kata bantu ini termasuklah: hendak, mahu, harus,
mesti, boleh, dan dapat. Contoh ayat
1.
Salleh hendak
tukarkan atap baru rumahnya.
2.
Bahasa Kebangsaan harus
menjadi bahasa yang utama dan luas penggunaannya di kompleks beli-belah.
3.
Barang sembahnya harus
diturut oleh Duli Yang Dipertuan kerana sukar tuanku mencari hamba seperti
seperti Laksamana itu.
4.
Menerung itu mesti
direbahkan secepat mungkin.
5.
Tetapi beliau juga mempercayai aktiviti-aktiviti korteks boleh disimpul kait daripada
aktiviti-aktiviti fisiologi tindak balas pantulan.
Kata
Bantu Aspek dengan Kata Bantu Ragam
Kata bantu aspek dan ragam boleh hadir serentak dalam
frasa. Yang berikut ialah kata bantu aspek yang mendahului kata bantu ragam.
Contoh ayat:
1.
Tuk Penghulu dan isteri serta anak-anaknya sudah tentu kehujanan.
2.
.... seorang yang bergaya penggantungan medan tidak dapat
menanggap figura tersebut, tetapi seorang yang bebas medan akan boleh menanggapnya.
3.
Tahun ini entah bagaimana serangan ketam itu, Lahuma
belum mengetahui, tetapi melihat cuaca di langit sudah pasti bencana itu akan datang lagi.
4.
....dan rasanya air matanya sudah hendak keluar.
Kata Bantu
Ragam dengan Kata Bantu Aspek
Ada juga kata bantu ragam yang mendahului kata bantu
aspek. Contoh ayat:
1.
Dan diyakini
Nadihah tentu sudah menyampaikan khabar itu kepada Sunarto.
2.
Orang boleh sudah dalam dua tiga bulan, dia juga mesti
sudah dalam dua tiga bulan.
3.
Orang kampung tentu sudah berkeliaran dalam petak menolak
sampah sarap.
4.
Jadi, saya mesti telah memulakan pengajian.
5.
Sekiranya muka
Abdul Aziz berubah, dia tentu akan berkata, ”Sabar! Sabar!”.
yang ni tahun berapa ye abdullah hassan?
BalasPadam