Khamis, 27 Jun 2013

Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu

Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu
Frasa Kerja  menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.
Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat.


Contoh :
Ayat
Subjek
Predikat Frasa Kerja
(1). Emak
(2). Emak  Ahmad
(3). Pemuzik itu
(4). P.Ramlee
menjemur kain.
menjual sayur di pasar.
meniup  saksofon.
mencipta  lagu itu.

5.2       Binaan Frasa Kerja
            Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut.  Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama  sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya. 

5.2.1 Frasa Kerja Tanpa Objek
            Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat.

Contoh :
(5). Faisal tidur lena.
(6). Budak nakal itu terjatuh lagi.
(7). Dia selalu bergaduh.

Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (91) , (92) dan (93) menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang.




Contoh:
(8). Faisal tidur lena di bilik tidur.
(9). Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang.
(10). Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah.

Dalam ayat (94), (95), dan (96), kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek)
Pelengkap ialah  perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut.

5.3       Frasa Kerja Dengan Objek
Frasa kerja dengan objek  dikenali juga sebagai frasa kerja transitif.  Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek, Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.

Contoh:
Frasa Kerja
Kata Kerja Transitif
Penyambut
Menaikkan
bendera
menganyam
tikar
membaiki
radio


Contoh ayat lengkap:
(11).    Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan.
(12).    Ibu menganyam tikar setiap hari.
(13).    Mahmud membaiki radio yang telah rosak.
Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan.  Dalam ayat (11), (12) dan (13, frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Dalam konteks ini , kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Hal yang demikian berlaku  dalam proses membina  sesuatu ayat.

Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat  (15) hingga ayat  (19).
(15). Zamani akan melaporkan kepada warden  asrama tentang kejadian itu.
(16).Halijah  menggenggam  erat tangan suaminya.
(17).Datuk Amran  menghasilkan banyak produk berasaskan herba.
(18). Lee Chong Wei  menghantar  dengan tenang bulu tangkis ke jaring.
(19). Tuan Pengarah  sedang membincangkan tentang isu pendidikan.

Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif.
Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat  20 – 24)
(20). Zamani akan melaporkan  kejadian  itu  kepada warden  asrama
(21). Halijah  menggenggam   tangan suaminya dengan erat.
(22). Datuk Aman  menghasilkan produk berasaskan herba.
(23).  Lee Chong Wei   menghantar  bulu tangkis ke jaring dengan tenang.
(24).  Tuan Pengarah  sedang membincangkan isu pendidikan.
Catatan: kejadian’, ‘tangan’, ‘produk ’, ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek  yang mesti hadir selepas 

2 ulasan: